28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suara Emas Pergi Selamanya… ‘Dum Maro Dum’ & ‘Radha Kaise Na Jale’ Antara Lagu Hits Asha Bhosle Yang Jadi Siulan Hingga Kini

    Shopee Sale

    Dunia hiburan antarabangsa diselubungi rasa pilu dengan pemergian legenda muzik India, Asha Bhosle yang menghembuskan nafas terakhir pada Ahad.

    Artikel Berkaitan: #OhBulanTutupChapter23: Konsert Blackpink, AR Rahman & Coldplay Antara Paling Mega Tahun Ini!

    Lagu evergreen dekat dihati

    Sepanjang lebih tujuh dekad dalam industri, suara uniknya bukan sahaja mewarnai ribuan lagu, malah menjadi nadi kepada pelbagai karya filem Bollywood yang kekal diingati sehingga hari ini.

    Pemergian Asha ternyata meninggalkan kesan mendalam buat peminat muzik di seluruh dunia.

    Antara lagu paling ikonik nyanyian Asha ialah “Piya Tu Ab To Aaja” daripada filem Caravan (1971) yang cukup dikenali dengan rentak bertenaga dan elemen sensualnya.

    Lagu “Piya Tu Ab To Aaja” bukan sahaja mencipta fenomena pada zamannya, malah terus menjadi rujukan dalam dunia muzik Bollywood sehingga kini.

    Tidak kurang hebatnya, “Dum Maro Dum” daripada filem Hare Rama Hare Krishna (1971) turut mencetuskan impak besar, khususnya dalam kalangan generasi muda era 70-an dengan mesej dan gaya yang berani.

    Seterusnya, lagu romantik “Chura Liya Hai Tumne Jo Dil Ko” daripada Yaadon Ki Baaraat (1973) kekal menjadi siulan ramai dan sering diputarkan dalam pelbagai majlis hingga ke hari ini.

    Asha juga menyerlah menerusi lagu “Yeh Mera Dil” dalam filem Don (1978) yang menampilkan aura misteri dan menggoda.

    MENARIK:  [VIDEO] Khairul Aming Tegur Golongan ‘Over Claim’ – ‘Kalau Produk Itu Awak Tak Pakai, Jangan Cakap Pakai’

    Manakala lagu “In Aankhon Ki Masti” daripada Umrao Jaan (1981) pula membuktikan kehebatan beliau dalam genre ghazal yang penuh emosi dan kehalusan vokal.

    Selain itu, “Mera Kuch Samaan” daripada Ijaazat (1987) menjadi antara karya paling artistik dalam kerjayanya, malah turut meraih pelbagai anugerah berprestij.

    Memasuki era 90-an, Asha terus relevan menerusi lagu “Rangeela Re” dan “Tanha Tanha” daripada filem Rangeela (1995), yang menampilkan sisi moden dan segar dalam nyanyiannya.

    Tidak terhenti di situ, Asha turut mencipta kejayaan menerusi “Radha Kaise Na Jale” daripada filem Lagaan (2001), hasil kolaborasi bersama komposer terkenal A. R. Rahman yang mendapat pengiktirafan di peringkat global.

    Lagu “Le Gayi” daripada Dil To Pagal Hai (1997) pula menambahkan lagi senarai hit ceria yang sinonim dengan kegemilangan Bollywood era tersebut.

    Asha bukan sekadar seorang penyanyi, tetapi ikon yang membentuk landskap muzik Bollywood merentasi generasi. Walaupun mendiang telah pergi, karyanya akan terus hidup dan menjadi kenangan abadi buat peminat seluruh dunia.

    The post Suara Emas Pergi Selamanya… ‘Dum Maro Dum’ & ‘Radha Kaise Na Jale’ Antara Lagu Hits Asha Bhosle Yang Jadi Siulan Hingga Kini first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah