24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Najwa Shihab Meninggal Dunia Akibat Strok

    Shopee Sale



    Suami kepada pelakon dan wartawan senior Indonesia, Najwa Shihab iaitu Ibrahim Assegaf dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 2.30 petang Selasa.

    Al-fatihah

    Memetik laporan Detik, Allahyarham meninggal dunia akibat strok di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Otak Nasional, Jakarta Timur.

    Berita duka itu juga telah disahkan oleh rakan kepada Najwa iaitu Menkomdigi Meutya Hafid.

    Jenazah akan dimandikan di rumah duka di Cilandak Timur, Pasar Minggu, Jakarta Selatan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan TPU Jeruk Perut pada Rabu.

    MENARIK:  Maryam Younaree Teruja Tengku Ampuan Pahang Tinggal Komen Di Video, Suruh ‘Check’ Bahan Makanan Ada Alkohol Tak?

    Najwa merupakan personaliti media yang terkenal dan disegani dalam dunia kewartawanan Indonesia.

    Dia juga sering mencuri tumpuan di negaranya dengan penyampaian berita, wawancara dan laporan investigatif yang menyebelahi rakyat serta bertunjangkan keadilan sosial.

    Untuk rekod, Najwa dan Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 11 November 1997 di Jakarta. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahata mata iaitu Izzat dan Namiyah (telah meninggal dunia).

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah