28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Heliza Helmi Mengaku Tak Bersalah Berniaga Sekuriti Tanpa Lesen

    Shopee Sale

    Suami kepada selebriti Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, atas dua pertuduhan, menjalankan berniaga sekuriti tanpa lesen sah.

    Suami Heliza Helmi mengaku tak bersalah

    Memetik laporan Kosmo Online, Pengasas dan Presiden AUF MBZ itu membuat pengakuan selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim, Azrul Darus dan Norma Ismail.

    Mahadi didakwa menjalankan aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti melalui syarikat AUF MBZ Consortium PLT, sedangkan entiti tersebut tidak memiliki Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal atau status sebagai orang berdaftar yang sah. 

    Kesalahan tersebut didakwa berlaku di Subang Jaya dalam dua tempoh masa berbeza, iaitu antara 14 Jun 2021 dan 9 Ogos 2023, serta 3 September 2021 dan 15 Februari 2024.

    Pertuduhan dibuat mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dibaca bersama subseksyen 367(1) Akta yang sama dan boleh dihukum di bawah subseksyen 58(4) Akta yang sama.

    MENARIK:  Netizen Tuduh Gedik, Didi Astillah Perjelas Kenapa Bella Dukung Turun Gunung Kinabalu – ‘Saya Cadangkan Akak Daki Tanpa Latihan Stamina’

    Sekiranya disabitkan atas kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjarakan tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

    Terdahulu Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah (SAC) Bank Negara, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan syarikat AUF MBZ Consortium PLT dalam menjalankan urusan sekuriti tanpa lesen sah antara Jun 2021 hingga Ogos 2023. 

    Mohd. Daud didakwa sebagai wakil syarikat Energy Eco Berhad di mana kesalahan tersebut dilakukan di Rawang mengikut seksyen yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10 juta atau penjara 10 tahun. 

    Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi Mohd. Daud dan RM100,000 bagi Mahadi, dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Sekuriti (SC) setiap bulan. 

    Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 April depan.

    Sumber: Kosmo Online

    The post Suami Heliza Helmi Mengaku Tak Bersalah Berniaga Sekuriti Tanpa Lesen first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah