33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Tuduh Gedik, Didi Astillah Perjelas Kenapa Bella Dukung Turun Gunung Kinabalu – ‘Saya Cadangkan Akak Daki Tanpa Latihan Stamina’

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah menjelaskan stamina diri yang tidak kuat menyebabkan kakaknya, Bella Astillah membuat keputusan untuk mendukungnya ketika menuruni Gunung Kinabalu di Sabah.

    Badan lemah

    Menerusi laman Instagram Story (IGs), Didi berkata dia kekurangan tenaga selain mengakui tidak aktif bersukan sejak di bangku sekolah.

    Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah berkata sebagai seorang yang gayat, dia merasakan gunung Kinabalu agak mencabar daripada tempat-tempat pendakian yang lain.

    Yang kami daki itu gunung Kinabalu, bukan bukit-bukit manja jadi apa-apa kesakitan fizikal mental tidak dijangka kadang boleh terjadi.

    Bila daki lain rasanya, bila turun orang yang gayat atau takut dengan ketinggian mesti faham apa yang saya rasa.

    Panik, (rasa nak) nangis, tapi bersyukur ada kakak di situ.

    Bukan tiada malim gunung, cuma bila ada kakak sendiri yang tenangkan dan pujuk, panik saya mula reda.

    Pelakon 29 tahun itu berkata demikian selepas dikritik ‘manja’ oleh warganet yang mengatakan dirinya ‘gedik’ kerana membiarkan kakaknya yang kecil itu mendukungnya.

    MENARIK:  Nadzmi Adhwa Titip Ucapan Buat Ulang Tahun Kelahiran Ke-32 – ‘Tak Nak Hadiah Sebab Allah Dah Hadiahkan Isteri Dan Dua Anak’

    Bukan gedik

    Jelas Didi lagi, tindakan tersebut bukanlah dibuat-buat seperti yang disangka warganet tetapi memang dia tidak mampu untuk meneruskan pendakian.

    Memang tidak sempat untuk menggedik. Banyak fikir tentang (keadaan sekeliling) batu-batu, tangga dan bukit curam yang buat saya gayat.

    Terdahulu, tular satu video memaparkan Didi didukung oleh Bella ketika mereka berdua menuruni puncak gunung tertinggi di rantau Asia Tenggara itu.

    Sebelum ini, seorang warganet meluahkan kerisauan apabila melihat Didi digendong oleh Bella semasa mereka selesai mendaki gunung Kinabalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah