28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Penat Urus Anak, Kerja & Rumah? Ini Tips Untuk Ibu Bapa Kawal Emosi

    Shopee Sale

    Kes tragis membabitkan seorang wanita yang didakwa mencampakkan bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat 10 sebuah flat di Johor Bahru mengingatkan masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan mental dan mengurus tekanan emosi dengan baik. 

    Artikel Berkaitan: Kenapa Anak Tak Beri Respon Bila Dipanggil? Ini Punca Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

    Artikel Berkaitan: Boleh Cecah RM1.1 Juta? Ini Pecahan Kos Besarkan Seorang Anak Dari Lahir Hingga Ke Universiti

    Tips untuk ibu bapa kawal emosi

    Menerusi hantaran Dr Rozanizam yang dipetik daripada Just for Parents, Russel Barkley (2005), terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi membantu ibu bapa mengawal tekanan dan emosi ketika berdepan cabaran membesarkan anak-anak.

    Antara perkara penting ialah mengelakkan diri daripada bertindak secara terburu-buru ketika marah. Sebaliknya, ibu bapa disarankan untuk berhenti seketika, menenangkan diri dan berfikir secara rasional sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan terhadap anak.

    Selain itu, teknik relaksasi seperti pernafasan dalam, regangan badan dan aktiviti yang membantu menenangkan fikiran juga boleh diamalkan secara konsisten untuk mengurangkan tekanan harian.

    Ibu bapa juga perlu belajar membezakan antara masalah kecil dan perkara yang benar-benar penting. Kesilapan kecil yang dilakukan anak tidak seharusnya menjadi punca kemarahan yang berlebihan. Fokus utama adalah mendidik, bukannya menghukum.

    Dalam masa sama, setiap tindakan terhadap anak perlu dilihat dari sudut kesan jangka panjang. Tindakan yang dilakukan kerana marah mungkin memberikan kepuasan sementara, namun boleh meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepada anak.

    Urus masa, jangan fikir negatif

    Pakar turut menekankan kepentingan meluangkan masa untuk diri sendiri. Sesekali berehat bersama pasangan, melakukan hobi yang diminati atau menyertai aktiviti sosial dapat membantu mengurangkan tekanan dan menyegarkan semula emosi.

    MENARIK:  ‘Selepas Ada Ubai, Saya Rasa Seperti Princess – Shila Amzah

    Pengurusan masa yang baik juga memainkan peranan penting. Jadual yang teratur dapat mengelakkan keadaan kelam-kabut yang sering menjadi punca tekanan dalam kehidupan seharian.

    Selain itu, ibu bapa digalakkan untuk berkongsi pengalaman dan mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan atau individu yang melalui cabaran sama. Perkongsian seperti ini boleh membantu seseorang melihat sesuatu masalah dari sudut yang berbeza.

    Malah pemikiran yang terlalu negatif atau terlalu mengharapkan kesempurnaan boleh meningkatkan tekanan. Sebaliknya, ibu bapa perlu menerima hakikat bahawa tiada siapa yang sempurna dan kesilapan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.

    Seterusnya aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berjoging atau bersenam turut membantu meningkatkan kesihatan mental dan emosi. Pada masa yang sama, pengambilan makanan seimbang serta mengelakkan tabiat yang tidak sihat juga penting bagi mengekalkan kesejahteraan diri.

    Sekiranya tekanan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian, bantuan profesional perlu segera mendapatkan bantuan daripada pakar kesihatan mental. Ibu bapa perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan dan menjadikan aspek kerohanian sebagai sumber kekuatan dalam menghadapi cabaran membesarkan anak-anak.

    Hakikatnya, menjadi ibu bapa bukan tentang menjadi sempurna, tetapi berusaha melakukan yang terbaik untuk keluarga dengan terus belajar dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

    Sumber: Dr Rozanizam (Just for Parents, Russel Barkley)

    The post Penat Urus Anak, Kerja & Rumah? Ini Tips Untuk Ibu Bapa Kawal Emosi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah