27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Maybank Indonesia tidak disiasat pihak berkuasa

    Shopee Sale

    Malayan Banking Bhd (Maybank) berkata anak syarikatnya di Indonesia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan melibatkan pelanggan korporat tertentu dan kumpulan itu mahupun anak syarikatnya bukan di bawah siasatan.

    Kakitangan dari Maybank Indonesia telah diminta untuk memberikan maklumat sebagai saksi untuk membantu pihak berkuasa.

    "Sebagai sebuah institusi kewangan yang dikawal selia, Maybank kekal komited untuk mengekalkan standard tertinggi tadbir urus, pematuhan dan integriti merentas semua operasinya.

    MENARIK:  ULASAN | Tradisi turath penyatu umat

    "Kumpulan itu juga kekal komited untuk memenuhi tanggungjawab undang-undang dan kawal selianya dalam bidang kuasa yang mana ia beroperasi," katanya melalui satu kenyataan.

    Memandangkan bank itu berpegang pada obligasi kerahsiaan pelanggan dan keperluan kawal selia, Maybank tidak dapat mengulas lanjut ke atas siasatan yang masih berjalan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah