28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Steven Sim Gesa Bebaskan Aktivis Kemanusiaan Sertai Global Sumud Flotilla, Tegaskan Solidariti Bersama Gaza

    Shopee Sale

    Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, menegaskan pendirian tegas Malaysia dalam menyuarakan solidariti bersama rakyat Palestin serta mendesak pembebasan segera rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

    Steven Sim ketika berucap sempena Gala Dinner World Social Security Forum (WSSF) 2025 di Kuala Lumpur, malam tadi.

    Beliau menekankan perkara ini ketika berucap di hadapan ratusan delegasi antarabangsa sempena Gala Dinner World Social Security Forum (WSSF) 2025 di Kuala Lumpur, malam tadi.

    “Kita tidak melindungi maruah manusia dengan senjata atau bom, tetapi dengan dasar sosial yang berakar pada keyakinan bahawa setiap insan tanpa mengira usia, warna kulit, bangsa, agama, sama ada sihat atau kurang upaya, berhak menjalani kehidupan yang bermaruah,” katanya.

    Steven Sim turut berkongsi kisah menyayat hati tentang seorang ibu yang kehilangan anaknya dalam kemalangan di tempat kerja, sebagai peringatan bahawa keputusan yang dibuat dalam ruang perbincangan dasar memberi kesan sebenar kepada jutaan nyawa.

    Steven Sim turut berkongsi satu pengalaman peribadi yang tidak pernah dilupakan sejak beliau memegang jawatan menteri hampir dua tahun lalu. Beliau menceritakan pertemuan dengan seorang ibu yang kehilangan anak lelakinya akibat kemalangan di tempat kerja.

    Ketika menyerahkan pencen PERKESO bulanan kepada wanita itu, beliau menyampaikan rasa dukacita atas kehilangan tersebut. Namun, beliau menegaskan bahawa meskipun anaknya sudah tiada, pencen itu adalah simbol bahawa si anak masih “menjaga” dan melindungi ibunya seumur hidup.

    Kisah itu menjadi lebih memilukan apabila si ibu mendedahkan pesanan terakhir anaknya sebelum kejadian: “Ma, saya lapar.” Kata-kata ringkas itu begitu mengesankan, apatah lagi si ibu segera memasak makanan kegemaran anaknya sambil menunggu kepulangannya yang tidak akan berlaku lagi.

    “Hati saya hancur. Dari saat itu, saya sedar dengan begitu jelas bahawa keputusan yang kita buat dalam ruang mesyuarat seperti ini bukan sekadar angka atau polisi. Ia soal hidup dan mati, soal maruah, soal keselamatan pekerja,” kata beliau dengan penuh emosi.

    Beliau menegaskan bahawa inilah komitmennya sebagai menteri, memastikan pekerja dilindungi dan maruah setiap insan terpelihara.

    MENARIK:  Uqasha Senrose Nafi Rumah Tangga Royah – ‘Selagi Tak Sampai Tahap Ke Mahkamah, Jadi Ia Adalah Perkara Biasa’

    Solidariti untuk Gaza

    Namun, beliau menegaskan bahawa suara hati nurani juga mengingatkan dunia tentang mereka yang tidak selamat malam ini, bukan kerana kemalangan, tetapi kerana kebebasan mereka dirampas.

    “Sebanyak 34 rakyat Malaysia antara wira yang berani menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla. Mereka ditahan ketika cuba membawa bantuan ke Gaza. Nama-nama ini bukan sekadar senarai, tetapi insan yang mesti segera dibebaskan,” ujarnya, sambil menyebut nama-nama sukarelawan tersebut, antaranya aktivis kemanusiaan, artis dan pendakwah.

    Antara yang ditahan termasuk Musa Al-Nuwayri, Zizi Kirana, Iylia Balqis, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Farah Lee, Ardell Aryana, Dr Taufiq Razif dan ramai lagi.

    “Dunia tidak boleh lagi berdiam diri. Kekejaman ini mesti dihentikan. Bebaskan Flotilla. Bebaskan Gaza. Bebaskan Palestin,” tegas beliau.


    The post Steven Sim Gesa Bebaskan Aktivis Kemanusiaan Sertai Global Sumud Flotilla, Tegaskan Solidariti Bersama Gaza first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah