28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM Geledah Rumah Vivy Yusof & Suami..Sita 11 Beg Tangan, Jam Tangan Mewah Bernilai RM200,000

    Shopee Sale



    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menggeledah kediaman pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Rabu.

    Rumah Vivy, suami digeledah

    Memetik laporan Harian Metro, penggeledahan yang melibatkan 12 pegawai SPRM serta peguam Vivy dan Fadzaruddin dilakukan selepas pasangan itu selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

    Pengeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000.

    Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Tan Sri Azam Baki, pasangan terbabit akan di hadir ke SPRM pada hari ini (Khamis) jam 10 pagi untuk menyambung memberi keterangan berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

    MENARIK:  [VIDEO] Kanak-Kanak 12 Tahun Jaga Ibu Strok Di Hospital Undang Sebak – ‘Dia Yang Tukarkan Lampin & Lap Badan’

    Difahamkan, kes melibatkan pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    Terdahulu, SPRM secara serentak telah menyerbu FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Kementerian Kewangan (MOF), Khazanah dan PNB.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah