25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Solidariti GSF: Anzalna Nasir Bangga Anak Sulung Jadi Imam Solat Hajat Di Sekolah, Kelibat Afwa Di Saf Makmum Curi Perhatian

    Shopee Sale

    Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak sulungnya, Mohamad Eidrees menjadi imam solat hajat di sekolah bagi mendoakan keselamatan para sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

    Artikel Berkaitan: ‘Rezeki Suami Akan Bertambah Bila Belanja Untuk Keluarga’ – Anzalna Nasir

    ‘Mommy bangga’

    Menerusi hantaran di Threads, Anzalna, 36, berkongsi momen yang dirakam oleh guru sekolah Eidrees dan mengakui tidak dapat menahan sebak melihat keberanian anaknya yang masih kecil memimpin rakan sekelas dalam solat.

    Solat hajat untuk Global Sumud Flotilla. Hati rasa sejuk sangat bila tengok anak sendiri jadi imam.

    Masya-Allah, Eidrees, mommy sangat bangga dengan kamu. Terima kasih kepada Cikgu Sab kerana berkongsi video yang sangat indah ini. Anak-anak soleh dan solehah.

    Tambah Anzalna, sebagai ibu, momen itu bukan sahaja membanggakan, tetapi juga memberi kesedaran tentang pentingnya mendidik anak-anak sejak kecil agar peka terhadap isu kemanusiaan.

    Melihat anak-anak kecil bersatu hati berdoa untuk saudara kita di Gaza benar-benar menyentuh hati.

    Semoga mereka membesar menjadi insan yang penyayang dan sentiasa peduli terhadap nasib umat Islam di seluruh dunia.

    Dalam pada itu, kelibat anak lelaki Biduanita Negara, Datuk Seri Nurhaliza iaitu Muhamad Afwa yang berada di saf makmum turut mencuri perhatian netizen.

    MENARIK:  Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Pada Yang Mendoakan’

    Sumber: Threads

    The post Solidariti GSF: Anzalna Nasir Bangga Anak Sulung Jadi Imam Solat Hajat Di Sekolah, Kelibat Afwa Di Saf Makmum Curi Perhatian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah