Pelakon, Amyza Aznan berkongsi perkembangan terkini mengenai anaknya, Andre Mikhail Khairul yang sebelum ini disahkan menghidapi penyakit kanser paru-paru tahap tiga, sejak Januari tahun lalu.
Artikel Berkaitan: Wakaf Media Beri Peluang Kepada Umat Untuk Nikmati Program-Program Dakwah Yang Disediakan Media Islam
Artikel Berkaitan: ‘Ramadan: Merindui Taubat Hamba-Nya, Syawal: Istiqamah Cahaya Ketakwaan’
Kesihatan bertambah baik

Ketika ditemui , Amyza memaklumkan bahawa Andre tetap kuat semangat bertarung untuk sihat.
Susulan itu, Amyza memohon orang ramai turut mendoakan kesembuhan anaknya yang kini menunjukkan perkembangan yang positif.
Amyza bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai rawatan kemoterapi yang sedang dijalani dan mengharapkan yang terbaik buat Andre.
Kesihatan anak saya bertambah baik, kita doakan semoga ada keputusan dan berita gembira buat Andre dan keluarga saya.
Dalam masa sama, Amyza turut mengharapkan dia terus optimis dan kuat demi Andre dan keluarganya.
Dalam perkembangan lain, Amyza akan tampil menerusi telefilem terbitan TV Alhijrah, Menantu Datuk Nikah Kahwin yang akan disiarkan pada 2 Syawal yang turut dibintangi Daler Yusuf, Nasir Bilal Khan dan Faezah Elai.
Sementara itu, TV AlHijrah dengan tema ‘Suburkan Iman, Sebarkan Ihsan’ pada tahun ini menampilkan lebih 20 rangkaian program khas sepanjang Ramadan dan Syawal 1447H/2026M yang dirangka secara menyeluruh, berimbang serta berteraskan nilai keimanan dan ihsan.
Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata bagi memastikan setiap kandungan yang disiarkan kekal segar dan tiada ulangan, pihaknya telah menjalankan analisis menyeluruh lebih awal.
Setiap tahun memang kita cuba untuk dapatkan kelainan dengan TV Alhijrah. Tahun ini kita hadir dengan banyak program baru, karya TV tersendiri, dan juga beberapa program lama.
Tetapi yang penting, strategi tahun ni sedikit berbeza. Kita sedar dunia hari ini kena berada di dalam platform digital. Sebab itu kita lancarkan platform Langit Dakwah di media sosial seperti Facebook, TikTok, Instagram dan YouTube.
Ia bukan sahaja bukan program tapi menjadi salah satu saluran menyampaikan info dakwah dan isu agama secara digital.
Dalam pada itu, Namanzee berkata stesen itu juga menyasarkan peningkatan sekurang-kurangnya 10 peratus untuk keseluruhan televisyen berbanding tahun lepas dari segi tontonan.
Katanya, pada tahun 2025, TV AlHijrah mencatat kedudukan Top 3 tontonan mingguan pada awal Ramadan tahun lalu.
The post ‘Kesihatan Andre Mikhail Bertambah Baik’ – Amyza Aznan first appeared on OHBULAN!.





