30.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Situasi Yang Berlaku Kepada Inteam Sekarang, Anak-Anak Baru Kenal Kami’

    Shopee Sale

    Fenomena yang dicetuskan kumpulan Nasyid terkenal iaitu Inteam tertanya ‘merebak’ ke seluruh Malaysia. Lebih-lebih lagi, selepas kumpulan itu mengumumkan bakal menganjurkan konsert pada September depan.

    Artikel Berkaitan: Anak Bongsu Syah Inteam Kini Bergelar Hafiz Al-Quran

    Artikel Berkaitan: Tiket Konsert Inteam ‘Sold Out’ Dalam Tempoh 2 Jam! Ramai Minta Buat Hari Kedua

    Fenomena Inteam

    Daripada yang tidak kenal mula mengenali, daripada yang tidak meminati sudah mula meminati. Begitu juga situasi yang berlaku kepada anak Syah Inteam yang kini mula meminati bapanya sebagai penyanyi nasyid.

    Apa yang memeranjatkan seperti situasi yang berlaku kepada Inteam sekarang ini, anak-anak kami baru kenal kami. Anak-anak baru meminati kami, bapa mereka penyanyi nasyid.

    Perkara itu dikongsikan Syah menerusi sebuah hantaran video di TikTok.

    Dalam pada itu, Syah turut berkongsi pandangan mengenai penyampaian dakwah melalui muzik dan era digital masa kini.

    Kata Syah, Islam adalah agama yang mudah dan kekal relevan selamanya, justeru tidak menjadi masalah untuk berdakwah dalam apa juga medium.

    Saya pernah tanya anak, apa lagu yang dia minati sebab saya banyak lah juga menghasilkan lagu-lagu nasyid.

    Ada sekali itu saya hasilkan lagu berbuka puasa, tapi ala-ala Kpop. Saya dengar lagu Kpop, jiwa itu tidak kena dengan saya, tetapi atas permintaan, saya hasilkan. Alhamdulillah, mendapat sambutan juga.

    Dakwah yang kita buat perlulah seiring dengan peredaran zaman. Islam akan sentiasa relevan pada setiap zaman.

    Kita sebagai orang Islam yang bertanggungjawab untuk sesuaikan mengikut cara kita. Elemen Quran dan hadis Nabi sentiasa ada dalam apa jua medium dakwah.

    Sekadar info, Inteam bakal menganjurkan Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun pada 28 September di IdeaLive, Petaling Jaya.

    MENARIK:  Jofliam Kongsi Solat Jemaah Bersama, Tepati Janji Bagi Pizza Wagyu Percuma -‘Nak Datang Kena Battle’

    Sumber: TikTok

    The post ‘Situasi Yang Berlaku Kepada Inteam Sekarang, Anak-Anak Baru Kenal Kami’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah