27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Terhibur Jawab Soalan Netizen Tanya Fasal Uban – ‘Umur Saya Dah 45, Mestilah Dah Mula Ada’

    Shopee Sale



    Datuk Seri Siti Nurhaliza

    Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terhibur membaca komen seorang pengguna media sosial yang bertanya mengenai uban.

    ‘Rambut dah beruban?’

    Datuk Seri Siti Nurhaliza

    Individu tersebut mengajukan pertanyaan kepada Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, adakah rambutnya sudah tumbuh uban atau belum.

    Tokti (panggilan Siti), rambut dah ada uban ke?

    Siti secara berseloroh menjawab, rambutnya sudah mula tumbuh uban, tambahan lagi usianya kini mencecah 45 tahun.

    Malah, dia menganggap uban adalah kejadian semula jadi yang akan berlaku kepada setiap manusia.

    Kenapa tanya soalan itu. Saya rasa, kita sebagai manusia tak kan lah nak menolak kejadian Allah.

    Mesti akan ada (uban), tambahan lagi umur saya pun sudah mencecah 45 tahun. Dah mula ada uban.

    Tutur pelantun lagu Purnama Merindu itu lagi, tidak menjadi masalah sekiranya seseorang memiliki uban.

    Tiada masalah pun jika ada uban, kerana uban itu akan menjadi cahaya kita di sana (akhirat).

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Contohi Ryan Bakery, Dia Tak Pernah Sentuh Orang’ – Azlee Senario

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah