Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meraih pujian apabila sikapnya yang disifatkan sederhana ketika berada di set penggambaran.
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Kongsi Mesej Lama Syed Saddiq – ‘From Replied To Your Story To Being Part Of Your Story’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’
Artis humble

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu berkongsi pengalaman rakannya yang bekerja dalam bahagian produksi selepas berpeluang menjalani penggambaran bersama Bella dan beberapa artis lain.
Menurut individu tersebut, terdapat segelintir selebriti yang memilih untuk memesan kopi serta makanan mahal setiap kali tiba waktu makan.
Bella Astillah artis yang merendah diri.
Kawan saya kerja produksi, dia pernah shoot dengan Bella and beberapa artis lain.
Artis lain bila nak makan, kena order kopi dan makanan mahal.
Bagaimanapun, perkara itu berbeza dengan Bella yang disifatkan tidak cerewet apabila hanya menikmati makanan katering yang telah disediakan oleh pihak produksi.
Tapi Bella makan saja makanan catering yang set sediakan.
Pakai tangan, pinggan kertas, duduk bersila pun tiada hal.
Sumber: Threads
The post Sikap Sederhana Bella Astillah Di Set Penggambaran Raih Pujian – ‘Makan Pakai Pinggan Kertas, Duduk Bersila’ first appeared on OHBULAN!.





