31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gimik Kereta ‘SELAMAT’ Terjawab, Volvo Lancar ES90

    Shopee Sale

    Korang yang memandu perasan tak, kebelakangan ini di sekitar KL ada satu kereta dengan grafik besar bertulis ‘SELAMAT‘ kerap muncul di atas jalan raya? Tak ada logo, tak ada ayat iklan, hanya perkataan ‘SELAMAT’ yang tertera.

    Kalau korang nak tahu, itulah gimik kreatif dari team Volvo untuk memperkenalkan kenderaan elektrik pertama keluaran mereka selain mengingatkan pengguna tentang isu keselamatan.

    Kereta ‘SELAMAT’ rupanya Volvo

    Tarikh keramat 22 Januari 2026, menjadi saksi kepada upacara gilang-gemilang dimana Volvo mendedahkan bahawa ‘SELAMAT’ sebenarnya merupakan sebuah kempen yang menekankan aspek keselamatan.

    Pada hari yang sama, Volvo turut melancarkan Volvo ES90. Pelancaran ini akhirnya menjawab segala persoalan mengenai kemunculan ‘SELAMAT’ yang pada mulanya menimbulkan banyak pertanyaan dan persoalan.

    Memilih pendekatan berbeza, gimik ini bukan kosong tau. Ia sengaja dibuat untuk mengingatkan orang ramai bahawa isu keselamatan lebih penting berbanding prestasi, teknologi atau jarak pemanduan kenderaan EV.

    Kereta ‘SELAMAT’

    Menurut, Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw, landskap kenderaan elektrik di Malaysia berkembang dengan pantas. Banyak jenama baharu memasuki pasaran, masing-masing tampil dengan teknologi dan keselamatan tersendiri.

    “Dalam dunia di mana semua orang berkata mereka selamat, keselamatan berisiko menjadi sekadar kata-kata yang disebut, tetapi jarang dirasai. Bagi Volvo, keselamatan tidak pernah menjadi dakwaan. Ia adalah komitmen,” katanya.

    Keselamatan jadi identiti, bukan slogan semata

    Bukan pemain baharu dalam soal keselamatan, Volvo telah lama menetapkan penanda aras industri sejak memperkenalkan tali pinggang keselamatan tiga titik pada tahun 1959, satu inovasi yang masih digunakan oleh hampir semua kenderaan sehingga hari ini.

    MENARIK:  ‘Saya Di Tangan Lelaki Yang Tepat, Baik Dijaga Seperti Ratu’ – Dr Hana Rose

    Kini, komitmen tersebut diteruskan menerusi Safe Space Technology, sebuah sistem perlindungan menyeluruh yang merangkumi struktur kenderaan serta ciri keselamatan aktif dan pasif bagi membantu mengurangkan risiko sebelum kemalangan berlaku.

    Melangkah ke hadapan, Volvo terus memacu inovasi keselamatan melalui pembangunan Multi Adaptive Safety Belt, bagi menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada setiap penumpang.

    Hal ini kerana, bagi Volvo keselamatan bukan tentang siapa paling laju di jalan raya, tetapi siapa yang paling bersedia menghadapi situasi yang tidak dapat dijangka.

    SELAMAT Drive peluang orang ramai cuba uji Volvo ES90

    Bukan itu sahaja, melalui inisiatif ‘SELAMAT’ Volvo juga memperkenalkan SELAMAT Drive, dimana orang ramai berpeluang merasai sendiri bagaimana teknologi keselamatan Volvo berfungsi dalam situasi pemanduan sebenar.

    Ini sekali gus membuka peluang untuk pengguna menguji ciri keselamatan yang Volvo ES90 secara terus dan bukan lagi hanya berdasarakan teori dan spesifikasi di atas kertas semata-mata.

    Untuk peminat kereta dan korang yang sedang merancang nak beli kenderaan baharu, Volvo ES90 mungkin adalah kenderaan yang korang cari-cari. Kerana apa? Kerana Ia bukan tentang trend, tetapi tentang ketenangan fikiran.

    Hadir sebagai simbol pemanduan selamat, kereta elektrik ini jadi bukti bahawa isu keselamatan adalah keutamaan, bukan kompromi.

    Hal ini kerana, dalam apa jua perjalanan, perkara paling penting bukanlah destinasi, tetapi SELAMAT pergi dan SELAMAT sampai.

    The post Gimik Kereta ‘SELAMAT’ Terjawab, Volvo Lancar ES90 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah