29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, November 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Vida Dedah Cik B Pernah Diejek Hitam & Hodoh – ‘Sampai Takut Nak Ke Sekolah’

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida berkongsi pengalaman anak perempuannya, Cik B yang pernah berdepan ejekan orang sekeliling kerana warna kulitnya.

    Artikel Berkaitan: Fazley Titip Ucapan Birthday Kepada Vida – ‘Tak Sabar Nak Sehidup Semati, Semoga Dipermudah Urusan Naik Pelamin’

    Artikel Berkaitan: Kaki Fazley Yaakob Terseliuh, Vida Seloroh Ujian Fasa Bertunang – ‘Dari Ipoh Terus Ke Kuala Lumpur Sebab Nak Ziarah…’

    Tapi anak hitam

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mendedahkan bahawa Cik B pernah takut untuk ke sekolah kerana sering diejek dengan panggilan hitam dan hodoh.

    Meskipun pernah meminta Cik B menggunakan produk penjagaan kulit keluarannya, anaknya itu enggan kerana lebih gemar bermain di luar sehingga terdedah kepada cahaya matahari.

    Zaman di mana Cik B takut keluar rumah, takut pergi sekolah sebab orang mengata Cik B hitam, hodoh. Mak jual produk penjagaan kulit putih tapi anak hitam.

    Waktu ini Cik B berusia 12 tahun, saya paksa pakai sabun Qu Puteh Tomato tapi Cik B tidak mahu. Yalah, umur masih muda, tidak fikir nak jaga kulit dan sebagainya, hanya suka main panas.

    Bagaimanapun, Vida berkata Cik B kini semakin mengambil berat tentang penampilan diri dan penjagaan kulit.

    Tapi bila dah besar, Cik B dah pandai jaga diri, jaga kulit muka. Tidak perlu paksa, sendiri guna sabun tomato. Siap minta stok lagi tu.

    Untuk rekod, Dato’ Seri Vida pernah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Mohd. Amin Yasin sebelum bercerai pada tahun 2008.

    MENARIK:  Pilih Bantal Yang Tepat Untuk Elak Bahu Lenguh & Sakit Tengkuk

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, 24, Muhammad Edrie Zikrie, 23, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen, 21, dan Kacak atau Muhammad Eric Zecquan, 19.

    Sumber: Threads

    The post Vida Dedah Cik B Pernah Diejek Hitam & Hodoh – ‘Sampai Takut Nak Ke Sekolah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah