Penyanyi meningkat naik, Hazreen Amreena akui tidak menyangka penyertaannya dalam program realiti nyanyian, I Can See Your Voice Malaysia menjadi titik permulaan menapak nama dalam industri muzik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norman Hakim Kongsi Persiapan Perkahwinan Anak Sulung – ‘Pengalaman Pertama Saya Sebagai Bapa’
Artikel Berkaitan: ‘Anak Sulung Nak Kahwin Harap Tolong Urus Semua, Tak Cukup Setakat Sponsor Baju’ – Abby Abadi
Pengorbanan anak sulung

Ketika ditemui , Hazreen, 29, berkata, niat asal menyertai program berkenaan hanyalah untuk memenangi pertandingan tersebut.
Tambah Hazreen, dia terharu apabila Shiha dapat melihat potensi dirinya meskipun hanya berpeluang menyanyi selama seminit lebih ketika program tersebut.
Memang terkejut. Niat saya masuk I Can See Your Voice untuk menang program itu saja.
Tak tahu pula saya dah menang hati Kak Shiha ketika itu.
Saya sangat terharu sebenarnya sebab Kak Shiha nampak bakat saya walaupun ketika itu saya menyanyi hanya seminit lebih.
Hazreen berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran Single Baharu Hazreen Amreena berjudul Teruskanlah yang berlangsung di Six In the City, Shah Alam pada Selasa.
Berkongsi mengenai single terbaharunya, Hazreen memaklumkan lagu berkenaan didedikasikan buat anak sulung yang memikul tanggungjawab sebagai pencari nafkah dalam keluarga.
Ujar Hazreen, setiap individu mempunyai perjuangan tersendiri termasuk menyembunyikan kepenatan demi insan tersayang.
Lagu Teruskanlah memang berbeza penceritaannya. Kalau sebelum ini saya hanya ada lagu cinta, tapi kali ini ia membawa mesej tentang perjuangan dalam hidup.
Kita semua ada perjuangan dan pengorbanan tersendiri. Tipulah kalau tak ada rasa penat, rasa nak mengalah, tapi tetap gagah teruskan kehidupan demi orang yang tersayang.
Ada juga yang kita pendam sendiri supaya tetap nampak kuat di mata orang tersayang padahal jauh di sudut hati, kita tak kuat.
Insya-Allah lagu ini boleh memujuk dan memeluk hati semua yang sedang berhabis habisan berjuang untuk kuat.
Lagu Teruskanlah kini boleh didengari menerusi pelbagai platform penstriman digital, manakala muzik video rasminya turut dilancarkan di YouTube pada tarikh yang sama.
The post [VIDEO] Hazreen Amreena Tak Sangka Berjaya Pikat Hati Shiha Zikir Menerusi I Can See Your Voice – ‘Niat Awal Nak Menang Saja’ first appeared on OHBULAN!.





