32.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aufahanie Rahsiakan Kerjaya Pramugari, Kini Kembali Menyanyi Selepas Dua Tahun

    Shopee Sale

    Bukan sengaja mahu berahsia, sebaliknya penyanyi Aufahanie mempunyai alasan tersendiri apabila memilih untuk tidak mendedahkan kerjayanya sebagai pramugari sepanjang menyepi daripada industri muzik.

    Artikel Berkaitan: Aufahanie Rindu Arwah Nidza Afham – ‘Datanglah Dalam Mimpi Aku, Please’

    Artikel Berkaitan: Aufahanie Belajar Siang Ikan & Memasak Sejak Umur 9 Tahun -‘Melalui Google Atau Telefon Ibu Tanya Resepi’

    ‘Mahu kekal profesional’ – Aufahanie

    Aufahanie atau nama lengkapnya Nur Aufahanie Mokhtar, 23, menjelaskan keputusan itu dibuat atas faktor profesionalisme selain mahu memastikan kehidupan peribadinya tidak mengganggu tanggungjawab ketika bertugas sebagai kru kabin.

    Katanya, dia lebih selesa membiarkan orang mengetahui sendiri mengenai pekerjaannya tanpa perlu berkongsi secara terbuka kepada umum.

    Bukan saya mahu merahsiakannya, cuma bagi saya lebih baik tidak perlu bercerita kepada semua orang. Kalau orang nampak saya bekerja, mereka akan tahu.

    Mengulas lanjut, Aufahanie berkata, keputusan meninggalkan bidang nyanyian dan beralih kepada kerjaya di awan biru dibuat selepas pemergian abangnya, Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar pada 2024.

    Jelasnya, kehilangan insan tersayang itu memberi kesan mendalam sehingga dia sukar mengawal emosi setiap kali berada di atas pentas.

    Selepas abang pergi, saya rasa ‘down’ dan tidak gembira kerana sebelum ini setiap kali menyanyi, abang selalu ada bersama saya.

    Apabila di pentas saya teringatkan arwah. Jadi, saya ambil keputusan bertukar bidang. Walaupun tidak menyanyi lagi, saya kena cari pendapatan.

    Saya perlu bekerja sebab nak jaga kebajikan emak. Selepas abang pergi, cuma tinggal saya dengan kakak. Selepas hampir dua tahun ‘terbang’, kini saya sedia kembali ke arena nyanyian.

    Walaupun berat ambil keputusan berhenti, nyanyian adalah jiwa saya. Lagipun, tugas sebagai kru kabin sangat mementingkan aspek keselamatan.

    Saya bimbang jika terlalu banyak perhatian diberikan terhadap kehidupan peribadi, mengganggu kelancaran kerja.

    Tambahnya, dia mengambil masa hampir tujuh bulan untuk mempertimbangkan hala tuju kerjaya sebelum membuat keputusan mendapatkan pandangan ibunya yang banyak berkorban sepanjang perjalanan seninya.

    MENARIK:  The Vocket Lancar ‘Euforia Bola’, Destinasi Digital Peminat Bola Sepak

    Aufahanie berkata demikian selepas majlis pelancaran outlet ke-25 Bayu Somerset di 118 Mall, baru-baru ini.

    Kembali aktif

    Dalam pada itu, penyanyi lagu Butterfly berkata, kemunculannya semula dalam industri muzik dilakukan secara berperingkat apabila mula menerima tawaran persembahan selepas hampir dua tahun memberi tumpuan kepada kerjaya lain.

    Malah, Aufahanie turut memaklumkan sudah menghasilkan tiga hingga empat lagu bersama pasukan pengurusannya, EXO House sejak beberapa bulan lalu.

    Antara karya terbaharu yang bakal diperkenalkan ialah single berjudul Tersenyum Lagi yang cukup dekat dengan kisah kehilangan abangnya.

    Lirik lagu Tersenyum Lagi mempunyai mesej menggambarkan harapan untuk kembali tersenyum apabila mengenangkan arwah abang saya.

    Bukan susah dari segi vokal, cuma cabarannya adalah untuk mengawal emosi ketika menyanyikannya. Saya pernah terlalu sebak sehingga ambil keputusan tidak mempersembahkan lagu berkenaan dalam satu acara kerana bimbang gagal mengawal perasaan.

    The post Aufahanie Rahsiakan Kerjaya Pramugari, Kini Kembali Menyanyi Selepas Dua Tahun first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah