Pelakon Ezzanie Jasny akui kehidupan lebih tenang selepas membuat laporan pada pihak atasan ekoran daripada gangguan akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai dirinya.
Artikel Berkaitan: Akaun Palsu Hantar Mesej Berbaur Ugutan, Ezzanie Jasny Minta Orang Ramai Jangan Mudah Tertipu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ezzanie Jasny Hampir Koma, Syukur Keadaan Makin Pulih- ‘Trauma & Tidak Berani Memandu Kereta’
Lebih tenang

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 26, berkongsi lebih lanjut mengenai gangguan daripada media sosial yang dialaminya.
Dakwa pelakon drama bersiri Seindah Hujan Cinta itu, gangguan berunsurkan ancaman ini turut memberi tempias kepada ahli keluarga serta kawan-kawan yang terdekat.
Agak teruk juga ugutan yang saya terima. Mereka sampai mengancam keluarga, pembantu peribadi dan kawan-kawan saya.
Si penyamar juga mengugut mahu menyihir saya. Sesiapa pun pasti akan hidup dalam ketakutan apabila menerima ancaman seperti itu.
Sebagai manusia biasa, fikiran saya agak terganggu apabila ditakut-takutkan dengan ancaman begitu. Tapi Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk saya kawal fikiran.
Ezzanie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ezzanie bersyukur selepas mengambil keputusan membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana mengakui tidak lagu diganggu sekali gus membolehkannya menjalani kehidupan dengan tenang.
Sebenarnya saya telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan saya percaya mereka sudah mengambil tindakan.
Alhamdulillah, keadaan ini amat melegakan saya. Sekarang hidup saya kembali tenang kerana tidak lagi menerima gangguan, ancaman dan buli siber di media sosial.
Sebelum ini, Ezzanie memaklumkan telah membuat laporan polis selepas menjadi mangsa gangguan individu tidak bertanggungjawab yang didakwa telah mencipta akaun palsu menggunakan nama serta gambarnya.
Lebih parah, Ezzanie berkata, akaun palsu itu bukan sahaja menyamar sebagai dirinya malah turut menyebarkan fitnah berkaitan keluarga sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ramai.
The post ‘Si Penyamar Mengugut Nak Sihir Saya’ – Ezzanie Jasny Buat Laporan MCMC, Akui Kini Lebih Tenang first appeared on OHBULAN!.





