Pelakon terkenal Rozita Che Wan, berkongsi mengenai anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang amat meminati perlumbaan Formula 1 (F1).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan Belum Sempat Rasa Masakan Menantu – ‘Saya Tak Kisah Kalau Dia Tak Pandai Masak’
Minat Aaisyah

Ketika ditemui , Rozita, 53, berkata, dia sama sekali tidak menghalang anak bongsunya itu untuk meminati perlumbaan permotoran tersebut.
Ya dia memang minat. Saya okay sahaja tak menghalang. Kalau dia nak pergi pun ada yang teman.
Menurut Rozita atau mesra disapa Che Ta, Aaisyah sangat teruja untuk menghadiri ke acara perlumbaan F1 yang bakal di adakan di Sepang tidak lama lagi.
Tambah Rozita, sebelum mengumuman mengenai penganjuran tersebut lagi, Aaisyah sudah menyatakan hasrat untuk menyaksikannya di luar negara.
Tiket sudah beli, dia beli untuk tiga hari tapi harganya tidaklah terlalu mahal. RM 2,500 sahaja untuk satu tiket.
Dia ada beritahu dia nak beli baju dan topi nanti nak bagi mereka (pelumba F1) tanda tangan.
Sebelum Bahrin umumkan nak buat di Malaysia, dia ada beritahu bapanya nak pergi perlumbaan dekat Singapura dan Monaco.
Rozita berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Karok Dapur yang berlangsung di Banglo 289, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bercerita lanjut, aktres yang terkenal dengan drama Kiah Perkasam itu memberitahu bahawa Aaisyah mempunyai banyak koleksi barangan F1.
Lama dah saya perasan dia minat. Aisyah ada macam-macam koleksi F1. Antaranya, gambar, kereta dan permainan Lego.
Rozita turut memaklumkan tiada seorang pun ahli keluarganya yang meminati F1 kecuali Aaisyah.
Tak ada siapa pun yang minat F1 dalam keluarga kami melainkan dia sahaja.
Tapi dia ada beritahu dia tak mahu pergi dengan Zain, katanya nak pergi dengan Ammar.
Bapanya suka balik ikut masa, dia tak mahu sebab tu dia nak pergi dengan Ammar. Ammar pula suka layan karenah dia.
The post [VIDEO] Rozita Che Wan Tak Halang Aaisyah Minat F1 – ‘Tiket Sudah Beli..Dia Nak Mereka Sign Dekat Baju & Topi’ first appeared on OHBULAN!.





