Pelawak dan usahawan, Shuib berhasrat untuk memberikan kesemua kasut miliknya yang tidak dipakai lagi secara percuma kepada pengikut bertuah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Trauma Rasa Kehilangan, Dedah Kerap ‘Overthinking’ – ‘Bila Watie Cakap Dia Mengandung, Saya Jadi Takut’
Artikel Berkaitan: Watie Kongsi Tak Alami Alahan Waktu Hamil – ‘Sampai Saya Asyik Fikir Betul Ke Dalam Perut Ada Baby’
‘Let go’ kasut

Shuib, 40, berkata, untuk menjadi yang bertuah syaratnya hanya perlu mengikuti akaun TikTok terbaharu miliknya iaitu @ShuibShop di mana platform itu akan digunakan untuk berniaga.
Kaki dua, tapi kasut banyak sangat. Orang cakap tak elok simpan kasut banyak-banyak tapi tidak dipakai.
Jadi saya ingat, nak jadikan ‘giveaway’ (hadiah percuma) kepada pengikut baharu yang mengikuti saya di akaun @ShuibShop.
Itu adalah akaun TikTok baharu tempat untuk saya berniaga. Alang-alang, saya mahu hadiahkan koleksi kasut-kasut yang saya ada.
Antara kasut yang ingin diberikan adalah jenama Nike, Adidas, Dr Martin dan lain-lain lagi. Malah, ada diantara kasut itu hanya pernah dipakai sekali sahaja.
Sementara itu, menerusi tinjauan , sehingga artikel ini ditulis, akaun @ShuibShop sudah mempunyai 12,000 pengikut.
Sumber: TikTok
The post Shuib Buat ‘Giveaway’ Kasut, Bagi Percuma Untuk Pengikut Bertuah first appeared on OHBULAN!.





