33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sarah Yasmine dan Bella Bersatu di China: Dugaan Rumah Tangga Tak Menghalang Persembahan Mereka

    Shopee Sale



    Meskipun dirinya terpalit dengan kemelut dan kontroversi melibatkan rumah tangga namun, itu tidak menghalang pelakon dan penyanyi Bella Astillah untuk terus melangkah ke hadapan dalam mencipta kejayaan dalam karier seninya.

    Wakili Malaysia di China

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

    Terbaharu, Bella berjaya mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia melakukan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024, yang diadakan di China.

    Berita membanggakan itu dikongsikan sendiri Bella menerusi satu hantaran di Intagram (IG).

    Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat kelibat adiknya, Didi yang turut sama menjayakan persembahan di hadapan penonton China.

    Difahamkan, Bella mendendangkan lagu ‘Sumandak Sabah’ nyanyian asal Velvet Aduk dan Marsha Milan serta sebuah lagu berbahasa Cina.

    Sarah Yasmine luah rasa bangga

    Apa yang menarik perhatian ialah, Bella turut mendapat pujian daripada wanita yang mengaku menjadi ‘kekasih gelap’ kepada suaminya, Aliff Aziz.

    Menerusi Instagram Story (IG Story), wanita bernama Sarah Yasmine itu meluahkan rasa bangga terhadap Bella dan juga Didi sambil menitipkan kata-kata hikmah buat dua beradik itu.

    Anda berdua berjaya dan memperoleh pelbagai rezeki walaupun perlu mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan.

    Saya bangga dengan anda berdua.

    Terdahulu, nama Sarah Yasmine tiba-tiba menjadi sebutan ramai apabila dia membuat pengakuan bahawa dirinya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz dan telah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Cinta Fattah & Amira Diraikan, ‘Poskad Cinta Dari Auckland’ Cecah 20.1 Juta Tontonan

    Menurut Sarah, tujuan dia membuat pendedahan itu adalah untuk membongkar rancangan aktres Ruhainies yang didakwa ingin menjatuhkan Bella Astillah.

    Selepas itu, satu demi satu pendedahan dibuat Sarah Yasmine sehingga melibatkan lebih ramai pihak termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah