Pelakon, Shima Anuar tampil mendedahkan bahawa ada pihak yang berhutang kepadanya dengan jumlah didakwa mencecah RM1.5 juta.
Artikel Berkaitan: Shima Anuar Hilang Sabar, Dakwa Empat Pembantu Rumah Buat Kerja Sambil Lewa – ‘Anak Keluar Sampai Ke Pagar Seorang Diri’
Hutang

Menerusi muat naik di Instagram Story (IGs), pemilik nama Noor Hashimah Anuar, 35, memuat naik tangkap layar status suaminya, Mohd Solih yang turut meluahkan rasa kesal dengan peminjam hutang itu.
Kita cakap terus terang saja lah. Jumlah hutang adalah RM1.5 juta. Hampir RM1 juta daripada kontraktor yang buat rumah separuh jalan dulu.
Yang lain kononnya daripada sahabat, bila susah tebal muka pinjam duit, selepas itu tak reti nak bayar semula duit orang.
Kata Shima, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan nama individu yang berhutang dengannya sekiranya tiada tindakan daripada pihak mereka.
Rasanya sudah tiba masa untuk kongsi saja senarai nama itu. Kami ada keluarga untuk diberi makan, yuran sekolah anak dan bil lain yang perlu dibayar.
Mereka bukan kawan, kawan tidak akan buat begini. Memalukan.
Terdahulu, Solih kesal apabila pihak yang berhutang gagal menunaikan tanggungjawab mereka walaupun sudah diingatkan beberapa kali.
Sumber: Instagram
The post Shima Anuar Tuntut Hutang RM1.5 Juta, Tunggu Masa Nak Dedah Senarai Nama first appeared on OHBULAN!.





