29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Terpaksa Bersalin Secara ‘Czer,’ Tali Pusat Baby Terbelit Di Bahagian Muka – ‘Apa Saja Yang Terbaik’

    Shopee Sale



    Sebelum ini, penyanyi Shila Amzah pernah memaklumkan dia berhasrat untuk melahirkan cahaya mata hasil perkahwinannya bersama pempengaruh, Ubai MZ secara normal.

    Walau bagaimanapun, hasrat tersebut tidak tercapai apabila Shila terpaksa melahirkan anaknya yang diberi nama Rhea Akira secara pembedahan.

    Tali pusat terbelit

    Menerusi sesi soal jawab bersama pengikutnya di Instagram Story (IG Story), pemilik nama Nurshahila Amir Amzah ini memaklumkan dia perlu melakukan kaedah pembedahan kerana tali pusat bayi dalam kandungannya ketika itu terbelit di bahagian muka.

    Rhea dah terbelit tali pusat jadi terpaksa juga (melakukan kaedah pembedahan).

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ ini memaklumkan dirinya tidak menyarankan mana-mana wanita di luar sana untuk melahirkan anak secara normal.

    Sebaliknya, ikut nasihat doktor demi keselamatan anak yang bakal dilahirkan.

    Apa-apa pun, Sha tak nak galakkan anda semua cuba lahirkan anak secara normal, semoga dipermudahkan.

    Percaya pada naluri dan lakukan apa sahaja yang terbaik untuk baby dan diri kita.

    Sementara itu, penyanyi berusia 33 tahun ini tampil memaklumkan dia dan suami memilih nama Rhea Akira yang membawa maksud kemenangan dan terang.

    MENARIK:  [VIDEO] Qadejah Aliff Syukri Respon Netizen Dakwa Guna ‘Green Screen’ – ‘Bukan, Ini Betul Rumah Saya’

    Sekadar info, Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli pada 5 Ogos 2023 selepas penyanyi itu berpisah dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022.

    Hasil perkongsian hidup, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah