28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fasha Sandha Lebih Suka Luang Masa Dengan Kanak-Kanak, Pening Kepala Hadap Manusia ‘Fake’

    Shopee Sale



    Pelakon jelita, Fasha Sandha mengakui gemar meluangkan masa bersama kanak-kanak kerana mereka memberikan kegembiraan dalam hidupnya.

    Tak pening dengan budak

    Menerusi perkongsian di Instagram Stories (IGs), pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkata kanak-kanak tidak membuatkannya pening tidak seperti mereka yang memiliki sikap talam dua muka.

    Kata pelakon drama Khilaf Asmara itu, kasih sayang terhadap kanak-kanak itu akan kekal sampai bila-bila walaupun apabila dewasa mereka sudah melupakannya.

    Ramai tanya tak pening ke selalu dengan ramai budak-budak. Budak-budak sebenarnya tidak memeningkan, mereka adalah kegembiraan saya.

    Yang memeningkan adalah orang yang fake, fake friends dan drama.

    Saya sayangkan mereka sampai bila-bila. Tidak kisahlah mereka bila dah besar mungkin tak ingat saya, tidak mengapa.

    Yang penting apabila mereka terdetik rasa gembira di hati, itu adalah nikmat kegembiraan saya.

    Fasha berkata demikian selepas sering ditanya kenapa sering meluangkan masa bersama kanak-kanak berbanding orang dewasa.

    MENARIK:  Intan Najuwa Nak ‘Shopping’ Barang Bayi Di Sepanyol & London, Nafi Suka Habiskan Duit Suami

    Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.

    Menerusi perkahwinan itu, Fasha mendapat dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima.

    Fasha kemudian mendirikan rumah tangga dengan aktor Aidil Aziz pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah