Pelakon dan penyanyi, Shiha Zikir menyelar seorang warganet yang didakwa menegurnya tanpa adab.
Artikel Berkaitan: Shiha Zikir Sanggup ‘Labur’ Ratusan Ribu Ringgit, Dedah Video Muzik ‘Tum Tum Raya’ Paling Termahal Pernah Buat
Artikel Berkaitan: Kakak Dedah Shiha Zikir Tak Suka Permainan Perempuan Waktu Zaman Kanak-Kanak – ‘Dia Sangat Kasar, Suka Panjat Pokok Manggis’
Hadiri majlis ilmu

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Threads, Shiha atau nama lengkapnya Nurshiha Mohd Zikir, berkongsi beberapa keping foto ketika menghadiri majlis ilmu.
Dalam majlis tersebut, Shila kelihatan manis mengenakan tudung dan jubah berwarna hitam.
Bagaimanapun, hantaran tersebut menuai rasa kurang senang terhadap seorang individu yang bertindak mengecam penyanyi berusia 37 tahun tersebut.
Tidak berdiam diri, Shiha kemudian tampil membalas komen tersebut yang disifatkan sudah melampaui batas.
Boleh nak tegur tapi macam ini ke cara yang betul?
Harap tak koyak la kalau orang lain yang ‘bengapkan’ awak.
Jaga adab


Menurut pelantun lagu Angan itu, dia tiada masalah untuk menerima teguran namun adab perlu diutamakan.
Saya tak cakap yang saya tak boleh ditegur. Tapi saya tegur dia pasal adab menegur dan bahasa yang dikeluarkan.
Harap maklum dan faham, doa sahaja yang baik-baik untuk semua orang.
Tak ada cakap salah pun apa yang disampaikan, yang ditegur adalah tentang adab menegur orang. Jangan rasa diri sendiri itu dah cukup sempurna.
Sumber: Threads Shiha Zikir
The post Shiha Zikir Bidas Netizen Hina Bengap Selepas Kongsi Foto Berhijab – ‘Macam Ini Ke Cara Yang Betul Nak Tegur?’ first appeared on OHBULAN!.





