31.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharmaine Alexander Ubah Gaya Hidup Untuk Pulihkan Penyakit Kulit – ‘Setahun Saya Kurang Makan Nasi..’

    Shopee Sale

    Pelakon dan personaliti media sosial, Sharmaine Alexander mendedahkan masalah kulit serius yang dialaminya menjadi titik perubahan untuk mengubah gaya hidup.

    Artikel Berkaitan: Sharmaine Alexander Kongsi Perjalanan Akademik, Kini Sambung PhD Dalam Bidang Undang-Undang

    Artikel Berkaitan: Sharmaine Alexander Nafi Buat Suntikan Filler, Dedah Hidap Penyakit Kulit – ‘Berhenti Buat Andaian & Pilih Untuk Buat Baik’

    Kurang makan nasi

    Ketika ditemui , pemilik nama Sharmaine Ilenna Rudy Alexander berkata, dia mengubah corak pemakanan dan rutin harian demi mengawal penyakit tersebut.

    Menurutnya, antara usaha yang dilakukan adalah mengehadkan pengambilan makanan yang menjadi kebiasaan dan mula bersenam bagi mengurangkan tekanan.

    Perubahan yang saya buat ialah selama setahun saya kurang makan nasi dan langsung tidak makan daging merah.

    Kalau keadaan kulit sudah teruk macam saya, kita perlu kurangkan makanan yang biasa kita makan. Saya cuma makan salmon, buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Saya pergi klinik pakar dan ubah gaya hidup secara 360 darjah. Saya mula bersenam dan kurangkan stres. Stres itu kita tidak boleh hilangkan sepenuhnya, tetapi kita perlu dan boleh kawal.

    Sharmaine berkata demikian ketika ditemui dalam acara Mini Creators Fiesta ABPBH 38 di Ombak KLCC, pada Sabtu.

    MENARIK:  Noryn Aziz Terkilan Pihak Tak Bertanggungjawab Reka Kisah Peribadi Di YouTube – ‘Cerita Itu Salah, Jangan Menipu Orang’

    Mengimbas kembali, pelakon Kasih Yang Terkorban itu mengakui pernah hampir berputus asa apabila pelbagai rawatan yang dicuba sebelum ini tidak menunjukkan sebarang perubahan.

    Bagaimanapun, Sharmaine tetap optimis untuk menyembuhkan penyakitnya terutama apabila memikirkan tentang keadaan ibu dan tanggungjawab terhadap keluarga.

    Pada mulanya, saya rasa hampir mahu berputus asa tetapi apabila tengok mak saya sakit-sakit dan fikir tiada orang akan tanggung keluarga nanti, saya macam perlu bangun semula.

    Daripada bulan Mac hingga Jun, keadaan memang teruk. Selepas itu saya cuba makan ubat dan macam-macam rawatan, tetapi masih tiada perubahan. Jadi, saya ambil keputusan untuk ubah gaya hidup.

    Terdahulu, penampilan Sharmaine pernah menjadi perhatian selepas dia didakwa mendapatkan suntikan filler sehingga wajahnya dikatakan kelihatan lebih berusia berbanding umur sebenar.

    Bagaimanapun, Sharmaine menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan perubahan pada wajahnya adalah kesan daripada penyakit psoriasis.

    The post Sharmaine Alexander Ubah Gaya Hidup Untuk Pulihkan Penyakit Kulit – ‘Setahun Saya Kurang Makan Nasi..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah