Penyanyi, Sharifah Zarina meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak keduanya, Ariana Deena memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan meraih 8A.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia’ – Sharifah Zarina Enggan Dedah Identiti Suami Orang Ganggu Athalia
‘Dipanggil bodoh’

Bagaimanapun, di sebalik kejayaan manis itu, Sharifah berkongsi kisah getir yang pernah dilalui anaknya sepanjang menuntut ilmu termasuk terpaksa dipindahkan sekolah beberapa hari sebelum SPM.
Dia menangis teresak-esak bukan kerana berjaya memperoleh keputusan cemerlang, tetapi juga kerana pernah diejek dan didera secara lisan oleh beberapa orang guru hanya kerana dia aktif dalam aktiviti sekolah.
Keadaan itu menjadi begitu teruk sehingga dia enggan pergi ke sekolah. Cuba bayangkan, saya memindahkannya ke sekolah baharu dalam tempoh kurang tiga hari. Ternyata itu adalah keputusan yang tepat.
Sementara itu, Ariana Deena dalam satu hantaran di media sosial turut berkongsi pengalaman pahit dilaluinya sebelum ini yang pernah dipandang rendah.
Usaha keras akhirnya membuahkan hasil. Lapan bintang emas sebagai balasan kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya sepanjang perjalanan ini.
Beberapa tahun lalu, seorang guru pernah memanggil saya bodoh. Dia menyangka saya hanyalah pelajar yang suka bergambar untuk Instagram, menyanyi demi perhatian dan hanyut dalam kehidupan sebagai ‘influencer’.
Saya harap dia melihat perkongsian ini dan tahu bahawa saya telah membuktikan dia salah. Masih banyak lagi yang menanti, dan saya tahu kamu mampu menghadapinya.
Sumber: Instagram
The post Sharifah Zarina Gembira Anak Dapat 8A, Tukar Sekolah Tiga Hari Sebelum SPM Tindakan Betul – ‘Dia Diejek Oleh Guru Sebab Aktif’ first appeared on OHBULAN!.





