26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Birthday Treats: Tebus 10 Makanan & Minuman Percuma Sempena Hari Lahir Korang

    Shopee Sale

    Korang pernah tak tebus makanan dan minuman secara percuma semasa hari lahir korang?

    Kalau belum pernah buat, serius rugi gila!

    Ramai yang tak tahu, sebenarnya ada banyak restoran popular yang menawarkan treats istimewa sempena sambutan hari lahir.

    Dari pencuci mulut eksklusif hinggalah ke hidangan utama, semuanya korang boleh nikmati secara  free of charge.

    Jom, kami bongkarkan 10 tawaran hari lahir paling best dan berbaloi yang korang wajib tebus masa sambutan hari istimewa korang!

    1. KFC- Snack Plate percuma

    Birthday Treats

    Sempena sambutan hari lahir, KFC menawarkan 1 set Snack Plate secara percuma melalui aplikasi mereka. Tapi ada syaratnya- korang kena la daftar sebagai pengguna aplikasi terlebih dahulu dan update tarikh lahir korang dalam aplikasi tersebut sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari lahir korang.

    Walau bagaimanapun, birthday treats ini hanya sah jika korang dine-in di restoran, bungkus, atau pick-up order.

    2. McCafé- Kek percuma

    Birthday Treats

    Selain KFC, McCafé pun ada menyediakan birthday treats.

    Jika KFC belanja korang 1 Snack Plate, McCafé pula belanja korang 1 potong kek secara percuma.

    Cara penebusan pun mudah, hanya tebus melalui aplikasi mereka.

    3. Tealive- 1 minuman percuma

    Buat peminat boba tea, jangan lepaskan peluang untuk tebus 1 minuman percuma melalui aplikasi Tealive pada hari lahir korang.

    Pilih la minuman apa yang korang suka. Confirm puas hati!

    4. Inside Scoop- 1 scoop ais krim percuma

    Birthday Treats

    Kalau korang nak tahu, Inside Scoop pun ada tawaran birthday treats yang menarik. Di mana korang boleh tebus 1 scoop ais krim percuma melalui aplikasi mereka.

    Apa yang korang perlu buat cuma muat turun aplikasi mereka dan jadi ahli.

    5. FamilyMart- Aiskrim Sofuto percuma

    Korang penggemar aiskrim Sofuto dari FamilyMart?

    Min ada berita baik, korang boleh tebus 1 aiskrim Sofuto secara percuma melalui aplikasi FamilyMart MY Rewards semasa hari lahir korang.

    Bagi yang belum pernah cuba, min recommend korang cuba perisa matcha atau milk. Sumpah sedap!

    6. Baskin Robbins- 1 scoop aiskrim percuma

    Birthday Treats

    Nikmati 1 scoop aiskrim premium dari Baskin Robbins sempena sambutan hari lahir korang.

    MENARIK:  [VIDEO] Anim Ezati Dakwa Bekas Suami ‘Brainwash’ Anak – ‘Dia Sampai Takut Nak Baik Dengan Ayah Tiri Dia’

    Korang hanya perlu tebus melalui aplikasi mereka. Ada banyak pilihan perisa menarik, korang mesti suka.

    7. Boost Juice Bar- 1 minuman percuma

    Mesti ramai yang tak tahu, yang Boost Juice Bar pun ada sediakan birthday treats kan?

    Caranya penebusan 1 minuman percuma semasa hari lahir korang sangat mudah. Semasa pembelian minuman Boost korang minta la Kad Vibe. Kemudian daftar dan aktifkan.

    Kad VIBE ialah kad kesetiaan yang berfungsi seperti kad cop. Tetapi, berbeza dengan kad cop biasa, korang akan menerima 1 mata bagi setiap minuman yang korang beli.

    Plus, korang juga akan menerima satu minuman BOOST percuma pada hari lahir korang!

    8. Llaollao – Yogurt percuma

    Birthday Treats

    llaollao menawarkan Small Tub + 1 topping percuma sebagai hadiah hari lahir kepada ahli program kesetiaan mereka, MyllaollaoClub.

    Jadi pastikan korang muat turun aplikasi MyllaollaoClub dan membuat sekurang-kurangnya satu transaksi sebelum tarikh hari lahir korang.

    E-baucar akan dihantar secara automatik ke dalam akaun MyllaollaoClub korang pada tarikh hari lahir dan ianya sah digunakan selama 10 hari.

    9. The Coffee Bean & Tea Leaf – kek percuma & diskaun

    Nikmati 1 potong kek percuma dengan pembelian minuman, dan 20% diskaun tambahan bagi item terpilih sempena hari lahir korang.

    Penebusan boleh di buat di cawangan restoran The Coffee Bean & Tea Leaf dalam tempoh 3 hari sebelum atau selepas hari lahir korang.

    10. Sushi King – Dessert & mata ganjaran percuma

    Birthday Treats

    Buat penggemar Sushi King, jangan lepaskan peluang untuk menikmati dessert percuma dan 200 mata ganjaran sempena sambutan hari lahir korang.

    Tebus semua ganjaran ini dengan memuat turun dan mendaftar sebagai ahli Sushi King.

    Tips bonus dari min, korang muat turun la aplikasi ni awal-awal dan daftar. Nanti mudah nak buat penebusan.

    Nikmati sambutan hari lahir korang sebaiknya dan manfaatkanlah semua tawaran menarik ini. Bayangkanlah dari ayam goreng, minuman boba, kopi premium hingga aiskrim. Semuanya PERCUMA!

    The post Birthday Treats: Tebus 10 Makanan & Minuman Percuma Sempena Hari Lahir Korang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah