24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shaniena Natasya Buat Laporan Polis, Tak Tahan Anak Jadi Mangsa Hinaan

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Shaniena Natasya tampil membuat laporan polis selepas menerima pelbagai bentuk penghinaan melibatkan anaknya yang masih bayi.

    Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Syukur Tinggalkan Alkohol & Shisha – ‘Berbaloi Berhenti Terutama Bila Tahu Saya Hamil’

    Artikel Berkaitan: Jaga Shaniena Natasya & Bayi, Suami Beri ‘Nurse’ Loket Emas 

    ‘Mak mana nak tengok anak kena hina’

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Shaniena meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila anaknya yang baru berusia sebulan turut dijadikan sasaran kecaman.

    Hina mak okay. Hina anak sangat lah tak okay. Mak mana nak tengok anak kena hina.

    Budak pun baru sebulan, apa salah dia? Nak benci aku, benci ja aku jgn kaitkan anak aku.

    Dalam pada itu, Shaniena turut mengkritik individu yang menggunakan akaun palsu untuk menyebarkan kata-kata kesat. 

    Berselindung fake acc? Jangan risau tak jumpa dekat dunia, jumpa dekat akhirat. Aku tak akan maafkan dunia akhirat.

    Tindakan Shaniena membuat laporan polis mendapat sokongan ramai pengikutnya, yang menyifatkan perbuatan menghina bayi adalah melampau dan tidak berperikemanusiaan.

    MENARIK:  Langgan ‘TontonUp’, Raih Ganjaran Hebat Setiap Bulan!

    Menurut mereka, tindakan Shaniena membuat laporan polis adalah wajar bagi memberi pengajaran kepada pelaku termasuk orang ramai agar berhenti melakukan perkara yang menyakitkan hati dan perasaan orang lain lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak kecil yang tidak bersalah.

    Sumber: TikTok Shaniena Natasya

    The post Shaniena Natasya Buat Laporan Polis, Tak Tahan Anak Jadi Mangsa Hinaan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah