Pelakon, Diana Danielle mengakui mempunyai perancangan untuk menoktahkan hubungan yang dijalinkan bersama kekasihnya, Bern ke fasa yang lebih serius iaitu mengikat tali perkahwinan.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Kongsi Tips Pilih Bakal Suami – ‘Kalau Dia Memang Nak, Dia Akan Tunjuk’
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Abai Kecaman Foto Dengan Kekasih, Janji Kongsi Berita Bila Nak Kahwin
Banyak perkara perlu dipertimbangkan

Ketika ditemui , Diana, 35, berkata bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memasuki fasa baharu.
Cakap pasal kahwin ni, bila dah ada kad saya edarkan.
Apabila kita mula berkawan tu kita sudah tahu arah tujuannya. Sudah tentulah ke arah perkahwinan.
Tetapi ada banyak perkara yang perlu saya fikirkan yang membuatkan kita kena jadi lebih strategik.
Diana berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Terbang di TGV KLCC pada malam tadi.
Bercerita lanjut, Diana mengakui bersyukur dengan kehadiran kekasihnya yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya tanpa cuba mencuri perhatian.
Kalau tak bahagia, tak payahlah (teruskan hubungan). Jangan buang masa.
Saya sangat hargai setiap kali dia hadir dan beri sokongan tetapi dia masih di belakang. Maksudnya dia bukan cuba nak curi ‘spotlight’ atau ke depan.
Bukan pada hari-hari senang sahaja, ketika saya menjalani penggambaran dan perlu pulang lewat malam seorang diri, dia masih ada.
Bagi saya, itu membuktikan dia seorang lelaki yang boleh diharapkan.
Sementara itu, Diana turut mengambil kesempatan menjelaskan salah faham orang ramai berkaitan perkongsian di Threads tentang usaha lelaki dalam sesebuah hubungan.
Menurutnya perkongsian tersebut hanyalah pandangan peribadi yang diberikan apabila diminta oleh rakan-rakan yang menghadapi masalah dalam percintaan.
Ada yang kata, ‘Oh dah tak ada dengan Bern sekarang?’. Tak, tak ada kena-mengena pun dengan Bern.
Saya cuma melihat kepada corak sesebuah hubungan. Kalau lelaki bersungguh-sungguh, hubungan itu boleh bertahan.
Dalam perkembangan lain, Diana juga bakal muncul menerusi filem Terbang arahan Chiu Keng Guan yang mengangkat kisah pelumba sukan permotoran ekstrem atau rali, Karamjit Singh.
Filem yang turut dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Nam Ron dan Qasrina Karim itu akan menemui penonton di pawagam bermula 17 September depan.
The post [VIDEO] Diana Danielle Akui Ada Perancangan Kahwin Bersama Kekasih – ‘Bila Ada Kad Saya Edarkan’ first appeared on OHBULAN!.





