30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TikTok Shop Mall Pacu Pertumbuhan Jenama, Sasar Lebih 1,000 LIVE All-Star Tahun Hadapan

    Shopee Sale

    Platform e-dagang dipercayai rakyat Malaysia, TikTok Shop, mengumumkan komitmennya untuk memperhebat sokongan terhadap jenama tempatan dan antarabangsa yang menyertai program TikTok Shop Mall, menerusi penganjuran lebih 1,000 sesi LIVE All-Star yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026.

    Artikel Berkaitan: TikTok Shop Lancar Creator Icon, Siap Mentor Top Creator Turun Ajar!

    Artikel Berkaitan: Jom Borong! TikTok Shop 12.12 Jualan Akhir Tahun Kembali Dengan Promosi Paling Mantap 2025!

    TikTop Shop

    @tiktokshop_my

    Sesi LIVE All-Star merupakan penstriman beli-belah premium yang dibangunkan dan dipromosikan oleh TikTok Shop dengan kerjasama selebriti ternama dan pencipta afiliasi berprestasi cemerlang.

    Ia bagi menyokong perniagaan pelbagai skala termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) tempatan, untuk mengembangkan kehadiran jenama mereka dengan menghubungkan jutaan pelanggan di seluruh negara.

    Menurut Pengarah Kanan Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, pendekatan tersebut ternyata telah meningkatan jualan yang baik di platform itu.

    Pada tahun 2025, kami telah menganjurkan lebih 100 sesi LIVE All-Star di Malaysia, yang membantu jenama Mall terlibat mencapai peningkatan jualan purata melebihi 160% berbanding hari biasa.

    Selain itu, jualan keseluruhan jenama yang menyertai program Mall kami mencatat kadar pertumbuhan 2.3 kali lebih pantas berbanding penjual di platform pasaran tahun ini.

    Selain itu, perkara ini secara tidak langsung mencerminkan keberkesanan TikTok Shop Mall dalam membina keyakinan pengguna serta meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian.

    Pencapaian ini membuktikan bahawa pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan di TikTok Shop Mall, terutamanya jaminan ketulenan 100%, pemulangan percuma selama 30 hari dan Super Brand Days, telah berkesan membantu jenama berkembang.

    Dengan lebih 1,000 sesi LIVE All-Star yang dikhususkan untuk menyokong jenama Mall pada tahun hadapan, kami berharap lebih banyak MSME tempatan dapat berkembang menjadi jenama terkenal menerusi Shoppertainment.

    Untuk makluman, perkongsian ini disampaikan menerusi acara TikTok Shop Mall Ascend yang telah menghimpunkan ratusan usahawan tempatan dan pakar industri bagi meraikan pencapaian utama serta mengiktiraf jenama berprestasi tinggi, termasuk Senheng, PerySmith, Ceecile Women Sportswear, Panda Eyes dan lain-lain.

    MENARIK:  Tak Bayar Sewa Selama Dua Bulan Lebih RM67k, Kedai Didakwa Milik Usahawan Datin Terima Writ Distres

    Bagi mana-mana jenama yang berminat untuk mengetahui tentang TikTok Shop Mall, anda boleh melayari TikTok Shop Academy untuk maklumat lanjut.

    The post TikTok Shop Mall Pacu Pertumbuhan Jenama, Sasar Lebih 1,000 LIVE All-Star Tahun Hadapan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah