Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan enggan meletakkan harapan terlalu tinggi susulan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dijalani sebagai ikhtiar untuk menimang cahaya mata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elizabeth Tan Kongsi Perjalanan IVF, Tiga Tahun Usaha Timang Cahaya Mata
Artikel Berkaitan: Elizabeth Tan Dedah Amal Konsep 50:50 Sejak Bercinta – ‘Dengan Cara Ini, Kami Tak Simpan Dendam’
Usaha timang cahaya mata

Ketika ditemui , Elizabeth atau nama penuhnya, Elizabeth Tan Su Mei berkata, dia menyimpan hasrat untuk memiliki dua orang cahaya mata sebelum mencecah usia 35 tahun.
Tambah pelantun lagu Semua Sudah itu, dia juga menyimpan harapan agar ibu bapanya berkesempatan melihat dan menikmati setiap momen cucu mereka membesar.
Tahun ni saya dah berumur 32 tahun. Kami dah mula cuba daripada umur saya 30 tahun.
Kalau boleh sebelum 35 tahun, saya nak dua orang anak. Sekarang satu pun tiada. Ibu bapa saya pun dah tua.
Saya nak mereka kenal anak-anak saya. Melihat anak-anak saya membesar. Saya buat untuk mereka dan diri saya juga.
Lizzy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengenalan pelakon Pemuja Syaitan yang berlangsung di Hextar Empire World, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Lizzy memaklumkan proses pemindahan embrio dijadualkan berlangsung tahun depan kerana komitmen kerja yang padat.
Apa yang saya belum cerita, pemindahan Embrio dilakukan pada tahun hadapan. Tahun ini, saya kena keluarkan telur-telur saya.
Tahun hadapan, saya ada filem besar yang betul-betul saya nak buat. Selepas filem wrap, saya terus masukkan Embrio.
Dalam pada itu, Lizzy memilih untuk tidak terlalu berharap kerana sedar perjalanan IVF yang dilaluinya tidak semestinya berakhir dengan kejayaan.
Saya sebenarnya tak mahu terlalu teruja dan tak mahu letakkan harapan.
Saya pernah buat IUI sebanyak dua kali, tak lepas juga. Kita dah cuba setiap bulan pun tak lekat. IVF tak semestinya menjadi.
Dalam perkembangan lain, Elizabeth Tan membintangi filem seram Pemuja Syaitan yang juga naskhah layar lebar pertama arahan Liyana Jasmay.
Filem berkenaan menampilkan Zul Ariffin sebagai teraju utama dengan barisan pelakon utama lain seperti Nadhir Nasar dan Aila Azizul.
Diterbitkan oleh Mermaid Studios bersama Suraya Filem Production & Distribution, Pemuja Syaitan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober 2026.
The post [VIDEO] Elizabeth Tan Simpan Hasrat Timang Dua Cahaya Mata Sebelum Usia 35 – ‘Sekarang Satu Pun Tiada, Ibu Bapa Dah Tua’ first appeared on OHBULAN!.





