31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Selepas Peristiwa Ogos 2024, Dia Solat Di Awal Waktu, Buat Amalan Setiap Hari & Tak Henti Minta Keampunan Allah’ – Adik Da’i Syed

    Shopee Sale

    Adik kepada pendakwah selebriti Da’i Syed, baru-baru ini mencuri perhatian selepas menceritakan perubahan karakter abangya selepas peristiwa yang berlaku pada Ogos 2024.

    Artikel Berkaitan: Da’i Syed Menangis, Hukuman Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Berkuat Kuasa Serta-Merta

    Artikel Berkaitan: Da’i Syed Mengaku Kurang Terima Tawaran Berlakon Selepas Kes Mahkamah – ‘Saya Digam?’

    Bukan tunggang agama untuk dapat simpati

    Menerusi hantaran di akaun Instagram, Iqbal Jamalulleil atau lebih mesra disapa Syed Iqbal, berkongsi tentang perubahan karakter abangnya dalam memikul amanah sebagai anak, abang, bapa, mahupun seorang suami.

    Karakter dia sangat berlainan. Seorang anak, abang, bapa & suami yang sangat baik.

    Solat di awal waktu, lama solatnya, suka bersedekah, melayani orang dengan baik, tak suka bercakap keburukan orang lain, sangat merendah diri, suka gembirakan orang.

    Mengingatkan orang tentang Allah dan suka jamu orang makan.

    Tidak henti buat amalan setiap hari dan tak habis-habis minta keampunan daripada Allah S.W.T.

    Katanya, perkongsian tersebut bukanlah bertujuan untuk menyebelahi abangnya atau sebagai cubaan menggunakan sentimen agama demi meraih belas kasihan.

    Aku tak menyebelahi dia, bukan pula tunggang agama untuk mendapatkan simpati, selama ni pun aku tak pernah post pasal dia tapi ini real tentang taubat sampai aku rasa insecure dengan dia yang makin soleh.

    ‘Anggap saja Iqbal masuk pondok’

    Ujarnya lagi di sebalik ujian tersebut, abangnya tetap reda dan tidak henti menyebut tentang rahsia hikmah Allah, malah sempat menenangkan hati si ibu supaya tidak terlalu bimbang akan keadaannya.

    Walaupun nasib tak berpihak kepada dia hari ini, tak lekang di bibirnya menyebut hikmah Allah.

    Dia pesan kat mama, ‘Mama anggap saja iqmal masuk pondok ya.’ Kemudian dia minta tasbih untuk berzikr dan dia keluar.

    Diatas itulah gambar terakhirnya. Senyum tunjuk kuat depan kami, tapi hati hanya Allah yang tahu.

    Pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman 10 tahun penjara dan tiga sebatan terhadap penceramah selebriti Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

    MENARIK:  Sarah Hildebrand Tayang Cincin Di Jari, Peminat & Rakan Artis Ucap Tahniah

    Terdahulu, pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita yang ketika itu berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, pada awal pagi 11 September 2019.

    Pada 30 Ogos 2024, Mahkamah Sesyen mensabitkan kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan.

    Pada 20 September 2024, tertuduh dibenarkan keluar sementara dengan jaminan sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

    Sumber: Instagram Syed Iqbal

    The post ‘Selepas Peristiwa Ogos 2024, Dia Solat Di Awal Waktu, Buat Amalan Setiap Hari & Tak Henti Minta Keampunan Allah’ – Adik Da’i Syed first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah