28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Selama Ini Aku Diperbodohkan Oleh Keluarganya & Bapa Saya Dimanipulasi’ – Uqasha Senrose Pertikai Tarikh Akad & Sijil Nikah Berbeza

    Shopee Sale

    Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan percanggahan antara tarikh majlis akad nikahnya dengan tarikh yang tercatat pada sijil perkahwinan.

    Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Harap Kamal Adli Beri Kerjasama, Peguam Dedah Tiada Pujukan

    Artikel Berkaitan: ‘Mungkin Ini Pengakhiran Uqasha’ – Peguam Dedah Punca Cerai Tiada Persefahaman Dengan Kamal Adli

    Tarikh nikah & sijil kahwin tak sama

    Menerusi hantaran di Instagram, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menyatakan bahawa dia dan suami, Kamal Adli dinikahkan pada 5 November 2021 namun tarikh yang tertera pada sijil nikahnya adalah pada hari sebelumnya, iaitu pada waktu malam.

    Allah Maha Besar Masyallah satu lagi, aku dinikahkan dan di akad atas pengetahuan aku pada 5/11/2021 jam 9 pagi tapi di sijil nikah aku dinikahkan 4/11/2021 pada jam 9.30 malam.

    Dalam pada itu, pelakon filem Bisikan Dosa turut mempersoalkan perbezaan tarikh dan masa tersebut menimbulkan keraguan sama ada perkahwinan mereka sah di sisi agama.

    Susulan daripada itu, Uqasha turut meminta pandangan daripada golongan agamawan tentang perkara tersebut.

    Allahuakhbar, adakah sah perkahwinan ini? Tanpa pengetahuan bakal isteri? sah ke? Cukup ke syarat sah kahwin?

    Selama ini aku diperbodohkan oleh seluruh keluarganya dan bapa saya dimanipulasi oleh si dia dan keluarga untuk kata sah sebab dah ada wali? ustaz dan ustazah mohon dan tolong saya.

    Terdahulu, Uqasha memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

    MENARIK:  Bayi Korang Kerap Menangis? Mungkin Diaper Tak Sesuai, Cuba Cek 4 Benda Ni!

    Mahkamah kemudian menetapkan 28 Oktober sebagai tarikh baharu untuk prosiding seterusnya kes perceraian Uqasha dan Kamal.

    Keputusan itu dibuat oleh hakim susulan ketidakhadiran pihak defendan iaitu Kamal pada prosiding pertama.

    Menurut peguam yang mewakili Uqasha, permohonan cerai difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada persefahaman antara pasangan terbabit.

    Imbas kembali, Uqasha dan Kamal sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

    Sumber: Instagram Uqasha Senrose

    The post ‘Selama Ini Aku Diperbodohkan Oleh Keluarganya & Bapa Saya Dimanipulasi’ – Uqasha Senrose Pertikai Tarikh Akad & Sijil Nikah Berbeza first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah