Pelakon, Saharul Ridzwan memberi peringatan kepada kaum wanita agar lebih peka dan berhati-hati ketika menunaikan solat di kawasan awam.
Artikel Berkaitan: Baru Buka Sehari, Saharul Ridzwan Terpaksa Tutup Seminggu Kedai Ayam Gepuk – ‘Masalah Elektrik & Paip Tersumbat’
Ada CCTV

Saharul, 36, berkata pesanan itu disampaikan oleh isterinya, Qaabila Deena Emir yang meminta agar wanita lain perlu berhati-hati dan memeriksa keadaan sekeliling sebelum berwuduk.
Menurut aktor itu, isterinya meluahkan kebimbangan tentang kemungkinan wujud kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang menghala ke arah tempat wuduk di sesetengah premis.
Pesanan kepada wanita yang ingin solat di tempat awam. Isteri saya minta sampaikan pada semua.
Sebelum ambil wuduk, rajin-rajin jenguk ke atas, sebab kadang-kadang ada CCTV yang menghala ke arah tempat wuduk. Semoga Allah pelihara semuanya.
Hantaran berkenaan mencetuskan berdebatan ramai wargamaya yang rata-ratanya turut meluahkan kebimbangan terhadap isu keselamatan dan privasi wanita di kawasan awam.
Warganet bersetuju bahawa pihak pengurusan premis perlu lebih peka dalam menempatkan kamera keselamatan agar tidak menjejaskan aurat pengguna, khususnya wanita Muslim yang menggunakan surau atau ruang wuduk.
Sumber: Threads
The post ‘Sebelum Ambil Wuduk Jenguk Atas, Kadang Ada CCTV’ – Saharul Ridzwan Nasihat Kaum Wanita Yang Solat Di Kawasan Awam first appeared on OHBULAN!.





