28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Scha Alyahya Pernah Dikritik ‘Repeat’ Baju Sama, Pilih Derma Pakaian Setiap Tiga Bulan

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya mendedahkan sering menderma pakaian yang tidak lagi dipakai setiap tiga bulan kerana mahu mengelakkan mengenakan busana yang sama di majlis yang berbeza.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Scha Alyahya Sebulan ‘Berkurung’ Dalam Rumah Selepas Ibu Meninggal Dunia – ‘Satu Kehilangan Yang Amat Besar’

    Artikel Berkaitan: ’12 Tahun Bersama Cukup Membuatkan Saya Hormat & Sayang Mama Macam Mak Sendiri’ – Awal Ashaari

    Banyak berbelanja

    Ketika ditemui , pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 42, mengakui banyak berbelanja membeli pakaian dan barangan mekap kerana penting menjaga imej sebagai seorang selebriti.

    Menurut Scha, dia juga pernah dikritik kerana pernah menggayakan pakaian yang sama di acara yang berlainan.

    Susah jadi selebriti ini sebab bila pakai baju yang sama orang akan perasan. Mereka akan tanya, ‘baju ini dah pernah pakai’. Saya tidak tipu, saya pernah kena.

    Artis lelaki selalu kena komen-komen seperti itu. Kadang-kadang saya terfikir, takkanlah kami selebriti tidak boleh ulang pakai baju yang sama?

    Saya selalu juga mix and match baju untuk pemakaian yang kedua. Selepas itu saya akan beri baju saya dekat orang lain.

    Scha berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Mis Claire di Putrajaya pada Isnin.

    MENARIK:  Kes Kena ‘Scam’ Ditangguh, Riezman Khuzaimi Mahu Keadilan – ‘Saya Diserang Anxiety Sampai Jatuh Sakit’

    Menjelaskan lebih lanjut, Scha berkata dia lebih memilih untuk memberi bajunya secara percuma berbanding menjual semula pakaian terpakai (pre-loved) kepada orang ramai.

    Setiap dua atau tiga bulan sekali saya akan beri baju kepada orang yang rapat dengan saya.

    Saya tidak akan jual baju saya sebab rasa macam tidak perlu. Baju saya semua pernah pakai sekali atau dua kali sahaja.

    Kalau nak jual pre-loved banyak kerja. Kalau baju saya tidak banyak bolehlajh saya jual tetapi sebab banyak, saya memilih untuk menderma sahaja.

    The post Scha Alyahya Pernah Dikritik ‘Repeat’ Baju Sama, Pilih Derma Pakaian Setiap Tiga Bulan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah