27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tiada Masalah Untuk Ditemu Bual’ – Hael Husaini Nafi Lari Daripada Rakan Media

    Shopee Sale



    Penyanyi Hael Husaini menafikan dirinya enggan didekati media sejak kebelakangan ini.

    Tidak pernah lari

    Memetik laporan BH Online, Hael tampil menjawab mengenai dakwaan dirinya sukar ditemu bual media setiap kali hadir mana-mana acara. Menurut pelantun suara ‘Jampi’ itu, dia sering memberi kerjasama kepada rakan media dan tidak pernah melarikan diri.

    Tambah Hael, ada masanya dia perlu bergegas pulang selepas menghadiri acara kerana terikat dengan undangan nyanyian dan komitmen yang lain.

    Saya tidak pernah lari. Misalnya, pada sidang media sebuah program baru-baru ini, saya kena balik sebab ada ‘show’.

    Kalau tidak terikat dengan jadual lain, saya tiada masalah untuk ditemu bual.

    Disoal mengenai perkembangan terkini, Hael berkata, dia sedang dalam perancangan untuk menghasilkan album Antonim bahagian kedua.

    Terkejut dengan sambutan diterima daripada bahagian pertama album itu, saya mengaku tertekan dalam memilih lagu. Kami mungkin muatkan antara lapan hingga 10 lagu. Ada banyak pilihan cuma hendak pilih yang paling sesuai.

    Ujar Hael lagi, dia sedang menghasilkan lagu untuk penyanyi lagenda. Namun, dia enggan mendedahkan siapa penyanyi terbabit.

    MENARIK:  Anak Sulung Rita Rudaini Mendapat Gred Cemerlang 3.99, Dedikasi Kejayaan untuk Ibu Tercinta – 'Hadiah Hari Jadi untuk Mommy'

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah