Pelakon Datuk Remy Ishak tidak berdepan dengan sebarang gangguan sepanjang terlibat dengan penggambaran naskhah bergenre seram termasuk filem Qifarah.
Artikel Berkaitan: Filem ‘Qifarah’ Angkat Kisah Dosa & Pembalasan, Temui Penonton 9 Oktober Ini
Remy berhati-hati

Ketika ditemui , Remy atau nama lengkapnya Muhammad Zalimei Ishak, 43, mendedahkan bahawa dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati sebelum pulang ke rumah lebih-lebih lagi selepas penggambaran naskhah seram.
Kadang-kadang bila di set pelik-pelik ni, kita boleh rasa. Masa penggambaran tu kita dah boleh tahu.
Tapi cara terbaik kalau ada anak kecil, saya tak terus masuk ke rumah. Saya akan berehat sekejap dekat luar, luangkan 15 ke 20 minit dekat luar.
Tiada kejadian pelik berlaku kepada keluarga. Alhamdulillah, semuanya baik-baik.
Remy berkata demikian ketika ditemui di Malam Gala dan Tayangan Perdana filem Qifarah di GSC Midvalley, pada Selasa.
Apabila ditanya mengenai pengurusan masa bersama keluarga memandangkan jadual lakonan yang padat, pelakon filem Qifarah ini berkata dia sentiasa cuba manfaatkan setiap peluang yang ada untuk bersama anak.
Bila sibuk bekerja dengan shooting kan, penggambaran, back-to-back, ruang untuk bersama dengan Tuah (anak) kurang.
Jadi dia banyak lebih luangkan masa dengan bonda dia. Bila saya dah rehat daripada shooting ni, nak spend time dengan dia.
Filem Qifarah

Dalam perkembangan lain, Remy bakal muncul menerusi filem seram, Qifarah yang mengisahkan tentang watak Yusoff (lakonan Remy Ishak), seorang lelaki yang pulang ke tanah air selepas bertahun-tahun berada di luar negara. Kepulangannya untuk menziarahi ayahnya yang sakit, Ghazali (Esma Daniel), ternyata mengundang lebih daripada sekadar pertemuan keluarga.
Dia secara tidak sengaja membongkar rahsia lama mengenai kecurangan ayahnya terhadap ibunya Nur (Vanidah Imran) melalui perkahwinan dengan Mawar (Sharifah Sakinah), seorang wanita misteri yang dikatakan mengamalkan ilmu hitam.
Apa yang disangka penyesalan dan penyatuan berubah menjadi mimpi ngeri apabila Yusoff mula diganggu kejadian aneh dan menyeramkan. Setiap gangguan membawa petanda bahawa dosa silam keluarga itu belum benar-benar terpadam, malah sedang menuntut balasan.
Filem Qifarah arahan Ghaz Abu Bakar menampilkan kolaborasi empat penerbit iaitu Skop Productions dengan kerjasama My Way Pictures dan Astro Shaw serta Primeworks Studios.
The post ‘Saya Tak Terus Masuk Rumah’ – Remy Ishak Kongsi Cara Lindungi Diri & Keluarga Lepas Shooting Filem Seram first appeared on OHBULAN!.





