33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Nak Malukan Keluarga’ – Amir Masdi Pilih Jalan Bersih, Tolak Kontroversi

    Shopee Sale

    Penyanyi, Amir Masdi menegaskan bahawa dia sangat komited untuk menjaga tingkah lakunya bagi mengelakkan diri daripada terpalit dengan sebarang kontroversi.

    Artikel Berkaitan: Amir Masdi Sedang Berdepan Masalah Peribadi & Bikin Peminat Risau? – ‘Sebenarnya Saya Dalam Fasa..’

    Amir elak kontroversi

    Ketika ditemui , Amir atau nama lengkapnya Amir Syazwan Masdi berkata, dia akan sentiasa berusaha mengelakkan diri daripada terpalit dengan kontroversi yang tidak baik supaya dapat memberikan contoh yang baik kepada peminatnya.

    Sebagai seorang penyanyi yang sentiasa diperhatikan orang ketika di atas pentas, saya perlu tunjukkan contoh yang baik.

    Kalau saya tunjukkan perkara yang baik, maka perkara positif yang akan tersebar dan menjadi bualan.

    Tapi kalau saya tonjolkan sebaliknya maka perkara negatiflah yang akan tersebar.

    Amir berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di acara showcase Big Stage yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Dulu Kerja Pesawah, Tak Ada Cita-Cita Nak Jadi Pelakon Atau Pelawak’ – Salih Yaakob

    Tambah pelantun lagu ‘Nurcinta’ ini lagi, dia juga tidak mahu memalukan keluarga sekiranya terpalit dengan sebarang kontroversi yang boleh mencalarkan imejnya sebagai seorang selebriti.

    Sudah tentu saya akan risau kalau nama tercalar disebabkan terpalit dengan apa-apa kontroversi yang tidak baik.

    Lagi-lagi bila balik kampung nak berjumpa dengan saudara-mara, sudah tentu akan adanya rasa malu jika kita ini terpalit dengan kontroversi.

    Jadi, saya perlu berusaha menjaga diri sendiri supaya tidak memalukan keluarga dan orang terdekat saya.

    The post ‘Saya Tak Nak Malukan Keluarga’ – Amir Masdi Pilih Jalan Bersih, Tolak Kontroversi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah