32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Onn Hafiz angkat sumpah MB Johor penggal kedua

    Shopee Sale

    Adun Machap Onn Hafiz Ghazi hari ini mengangkat sumpah sebagai menteri besar Johor bagi penggal kedua, sehari selepas BN mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya negeri itu.

    Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah jawatan di hadapan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, maklum pejabat media istana negeri.

    Istiadat pelantikan menteri besar Johor itu berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

    MENARIK:  Saman fitnah Anwar ke atas MP Pendang dijadual semula pada 2026

    Istiadat dimulakan dengan bacaan surat tauliah menteri besar oleh Setiausaha Kerajaan Johor Mohammed Ridha Abd Kadir.

    Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Abdul Rahim Ramli turut hadir.

    Pada PRN Johor semalam, Onn Hafiz mempertahankan kerusi Machap dengan majoriti 15,375 undi selepas menewaskan calon PH Nur Hafiz Roslan.

    BN membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 48 dari 56 kerusi DUN manakala baki lapan kerusi dimenangi PH.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah