Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersedia menerima apa saja keputusan susulan keputusan rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasannya daripada pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, esok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Luah Hasrat Mahu Kahwin Depan Anak-Anak Bella Astillah, Siap Lukis Buat Ara Adreanna
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Letak Tepi Seketika Soal Kahwin, Fokus Keputusan Rayuan Mahkamah
Keputusan esok
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui tidak berniat meraih simpati sebaliknya mahu menegaskan sifat sebenar seseorang apabila diuji.
Menurut Syed Saddiq, dia akur dan mematuhi setiap arahan mahkamah sepanjang lebih enam tahun proses prosiding berlangsung demi membuktikan keadilan akan berpihak kepada pihak yang benar.
Malam ini saya tidak meminta simpati cuma mahu bercakap tentang siapa kita apabila diuji.
Sudah lebih enam tahun saya lalui proses ini, saya hadir setiap kali dipanggil, tiada penangguhan daripada saya, tiada jalan pintas dan tiada layanan istimewa.
Pada 25 Jun tahun lalu, mahkamah rayuan sebulat suara membebaskan saya.
Esok mahkamah persekutuan akan berikan keputusan muktamad. Saya tidak akan mendahului mahkamah, saya hormati proses dan akan hadir dengan tenang.
Apa saja yang jadi esok, saya tiada penyesalan. Kepimpinan tidak diuji ketika semuanya mudah tapi diuji ketika masa depan dan kebebasan kita dipertaruhkan namun kita biasa memilih jalan yang benar bukan dendam.
Dalam pada itu, Syed Saddiq memohon agar rakyat Malaysia tidak hanya mendoakan dirinya sebaliknya turut mendoakan agar Malaysia terus dipimpin dengan penuh keadilan dan berteraskan kebenaran.
Tambah Syed Saddiq, dia sudah melakukan segala yang termampu sepanjang melalui proses tersebut dan kini hanya berserah kepada Allah atas segala keputusan yang bakal ditentukan esok.
Pada rakyat Muar dan seluruh rakyat Malaysia, jangan hanya doakan saya. Doakan Malaysia kekal sebagai negara dimana undang-undang melindungi semua kawan atau lawan, yang berkuasa atau rakyat biasa.
Saya sudah berusaha, selebihnya saya berserah kepada Allah.
Kebenaran tidak perlukan kuasa untuk berdiri. Kepada Allah saya berserah.
Sumber: Instagram @syedsaddiq
The post [VIDEO] ‘Saya Tidak Minta Simpati, Apa Saja Yang Jadi Esok, Saya Tiada Penyesalan’ – Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.





