Penyanyi Marsha Milan mendedahkan dirinya menghidap masalah paru-paru lemah sehingga kadangkala mengganggu kerjaya seninya.
Artikel Berkaitan: Marsha Milan ‘Postponed’ Lancar MV ‘Tangisan Seorang Pendosa’, Tanda Soladariti GSF – ‘Semoga Allah Lindung Mereka’
Marsha ada masalah paru-paru lemah

Ketika ditemui , pemilik nama Marsha Milan Londoh, 40, mengakui tahap kesihatannya mula menunjukkan kemerosotan selepas dijangkiti virus Covid-19 beberapa tahun lalu.
Malah, tubuhnya kini mengambil masa lebih lama untuk pulih sepenuhnya setiap kali jatuh sakit, tidak seperti sebelum ini.
Saya ada masalah paru-paru lemah. Setiap kali demam, batuk, atau apa-apa sakit berkaitan paru-paru, memang ambil masa lama untuk pulih.
Paling teruk ketika dijangkiti influenza antara Oktober hingga November tahun lalu. Saya ambil masa hampir dua bulan untuk sembuh.
Meskipun keadaan kesihatannya tidak berada pada tahap yang baik, namun pelantun lagu Hening Rindu ini tetap meneruskan kerjayanya sebagai anak seni.
Biarpun begitu, Marsha mengakui terdapat beberapa tanggungjawab yang terpaksa disusun semula.
Ada sesi rakaman yang terpaksa ditangguh, persembahan dibatalkan dan ada juga yang saya teruskan dalam keadaan saya tak sihat.
Memang tidak mudah. Tapi hidup tetap diteruskan. Saya lakukan apa yang perlu.
Ambil suntikan vaksin, jumpa doktor pakar untuk buat pemeriksaan dan nasihat.
Steroid pun saya ambil walaupun ramai nasihatkan jangan tapi ketika itu saya dah tak tahan sangat dan terpaksa ambil juga.
Saya pun sekarang jaga makan dan rutin harian yang lebih sihat.
The post ‘Saya Ada Masalah Paru-Paru Lemah, Kalau Sakit Ambil Masa Lama Untuk Sembuh’ – Marsha Milan first appeared on OHBULAN!.





