Pendakwah selebriti, PU Riz tampil berkongsi pandangan berkenaan tindakan seorang pempengaruh yang mencacah tatu pada lengan kirinya akibat mengalami tekanan emosi atau depresi.
Artikel Berkaitan: Netizen Bimbang Influencer Tampil Dengan Penampilan Baru – ‘Tatu Itu Masih Baru, Masih Merah’
Artikel Berkaitan: Adam Corrie Singkap Kisah Cacah Tatu – ‘Apa Yang Saya Anggap Cantik, Rupanya Bukan Jalan Yang Allah Reda’
Teguran
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail berkata setiap perkara sepatutnya dirujuk kepada ajaran Islam kerana kita tidak mengetahui segalanya.
Menurutnya, seseorang yang melakukan dosa tidak sepatutnya memberikan penjelasan kepada umum walaupun dia mempunyai niat yang baik.
Pertama, Nabi SAW beritahu setiap umat aku diampun kecuali yang terang-terangan. Kalau kita buat satu dosa yang bersifat tertutup, orang mungkin tidak tahu.
Tapi bila nampak di tangan, orang akan tanya. Jadi ada baiknya kita diamkan perkara tersebut dan padam video itu, tak perlu beri penjelasan.
Kita tunjuk dosa walaupun niat itu baik, tetapi itu bukan alasan untuk tayang kepada awam.
Pendapat saya, padam video itu kerana tiada sebab untuk jelaskan kepada orang ramai tentang tindakan diri sendiri.
Mengulas lanjut, PU Riz yang juga suami kepada Neelofa menekankan pentingnya menjaga emosi dan kesihatan mental agar tidak tergelincir ke arah tindakan yang melampaui batas.
Kalau perasaan itu tidak diberi perhatian, ia boleh jadi lebih besar daripada itu. Bila apa yang kita rasa membuatkan kita melanggar perkara wajib, itu yang perlu dibimbangkan.
PU Riz turut menegaskan bahawa mereka yang melakukan kesilapan tidak wajar dihukum secara tergesa-gesa.
Katanya, mereka perlu dididik dengan memberi pendekatan yang betul.
Malah PU Riz turut berharap pempengaruh itu kembali ke jalan yang benar dan mendekatkan diri kepada tuhan.
Bila orang buat silap, kita perlu jelaskan apa yang salah. Kita tak boleh terus cakap apa langkah seterusnya tanpa beri kefahaman.
Kita perlu beri petunjuk yang jelas, beritahu mana silapnya dan apa yang perlu dilakukan seperti bertaubat.
Yang ketiga, pulanglah kepada jalan. Ingat diri kita banyak silap dan aib. Carilah Allah semula, mohon maaf kerana Tuhan tidak pernah membelakangi kita.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] PU Riz Beri Pandangan Pempengaruh Cacah Tatu – ‘Tak Perlu Tunjuk Dosa, Carilah Allah Semula’ first appeared on OHBULAN!.





