28.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Serah Kepada Kalian Untuk Percaya Atau Tidak Video Itu’ – Tony Eusoff

    Shopee Sale

    Pelakon, Tony Eusoff tidak mengiyakan mahupun menidakkan mengenai sebuah video tular didakwa dikatakan miripnya yang sedang baring di atas katil sambil beronani.

    Artikel Berkaitan: Tony Eusoff Pernah Dipenjara 8 Bulan Akibat Dadah, Minta Orang Luar Jangan Terus Jatuh Hukum – ‘Tiada Yang Sukarela Ambil’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tony Eusoff Kongsi Pengalaman Bercinta Dengan Janda Anak Dua, Berpisah Selepas 9 Tahun Bersama

    Video beronani

    Tony atau nama sebenar Anthony Joseph Hermas Rajiman, 48, berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada orang ramai untuk menilai sendiri dan tidak menghalang jika ada yang ingin percaya.

    Saya hanya serah kepada kalian semua untuk percaya atau tak, terpulang pada yang lihat video itu. Itu sahaja yang saya mahu cakapkan.

    Siapa yang mahu percaya (video itu adalah saya) lantaklah. Sekarang ini saya sudah letih. Kita tidak boleh nak paksa orang untuk dengar cakap kita.

    Tony berkata demikian ketika ditemui di Malam Gala Filem Balas Balik yang diadakan di ibu kota, pada Selasa.

    Disoal adakah akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya dia telah dianiaya, Tony menjawab, perkara itu tidak memberi kesan besar dalam hidup.

    MENARIK:  Siti Nurhaliza Terhibur Jawab Soalan Netizen Tanya Fasal Uban – ‘Umur Saya Dah 45, Mestilah Dah Mula Ada’

    Jelas aktor itu, fokus utamanya kini kepada kerjaya seni dan mahu menjaga ibunya yang sudah mencecah 78 tahun.

    Untuk tindakan, bagi saya sekarang ini ada banyak benda yang perlu saya fokus. Benda yang paling penting dalam hidup saya adalah kerja.

    Ini sebab saya mahu banyakkan simpanan saya dan ingin fokus kepada ibu saya yang sudah mencecah 78 tahun.

    Terdahulu, tular kembali sebuah video di aplikasi X yang memaparkan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an sedang melakukan kegiatan beronani. Susulan itu, ada netizen yang mendakwa individu berkenaan adalah Tony.

    Dalam perkembangan lain, Tony merupakan salah seorang pelakon yang membintangi filem Balas Balik yang akan ditayangkan pada 29 Mei ini.

    Selain Tony, turut membintangi naskhah arahan Feroz Kader itu adalah Shukri Yahaya, Marissa Yasmin, Isyariana, Adam Lee dan ramai lagi.

    The post ‘Saya Serah Kepada Kalian Untuk Percaya Atau Tidak Video Itu’ – Tony Eusoff first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah