29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Sayang Awak Kerana Allah’ – Fattah Amin Coretkan Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Amira Othman

    Shopee Sale

    Sempena ulang tahun kelahiran isteri, pelakon Fattah Amin menitipkan ucapan istimewa serta doa buat Amira Othman.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah & Amira Jadi Contoh, Utamakan Solat Walau Sedang Melancong – ‘Kalau Tak Pegang Tangan Mesti Tengah Jaga Wuduk’

    Artikel Berkaitan: ‘Santai, Tiada Masalah Naik Bas Di Switzerland’ – Fattah Amin & Amira Othman Dipuji ‘Tour Guide’

    Ucapan Fattah

    View this post on Instagram

    A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

    Menerusi hantaran di Instagram, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, mendoakan agar Amira terus kuat dalam melayari bahtera perkahwinan bersama dirinya.

    Selamat hari lahir isteri syurgaku, Nadia Amira Binti Othman.

    Semoga di hari kelahiran tahun serba baru, bersama mahligai yang baru kita ini membuatkan dirimu terus kuat menempuh hari hujan dan panas. Serta tidak tahu panjang atau pendek perjalanannya.

    Doa buat isteri

    Dalam masa yang sama, pelakon filem Wayang Kulit itu turut berkongsi doa khusus buat isteri tercinta supaya sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

    Tapi suamimu ini akan sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirimu berada di bawah perlindunganNya.

    Diberkati hidupmu, diberi kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki olehNya dan sentiasa menjadi manusia yang menjadi inspirasi untuk semua orang yang melihatmu.

    Saya sayangkan awak kerana Allah dan Allah tahu saya menyayangimu.

    Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada 14 September lalu.

    MENARIK:  Iqbal Zulkefli Akan Meneruskan Pengajian di Mesir dalam Bidang Syariah Islam, Risau Memisahkan Diri dari Anak- Anaknya.

    Dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fattah dan Amira sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

    Sumber: IG Fattah Amin

    The post ‘Saya Sayang Awak Kerana Allah’ – Fattah Amin Coretkan Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Amira Othman first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah