30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Orang Hanya Nampak Sisi Glamor’ – Fiziwoo Akui Dunia Fesyen Tempatan Tidak Seindah Disangka

    Shopee Sale

    Pereka fesyen, Fiziwoo mengakui di sebalik dunia fesyen yang kelihatan indah, realitinya tidak mudah untuk mengekalkan kelangsungan jenama dalam industri fesyen tempatan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fiziwoo Kongsi Konsep Busana Resepsi Fattah Amin & Amira Othman – ‘Setiap Helaian Benang Tulang Belut & Sulaman Ayak Dijahit Dengan Doa’

    Artikel Berkaitan: Fiziwoo Kunci Mulut Setahun, Dakwa Kolar Kurta & Motif Sampin Diciplak Jenama Tempatan – ‘Sepandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh Juga’

    Kurang dapat perhatian

    Ketika ditemui , Mohd Hafizi Radzi Woo berkata industri fesyen kurang mendapat perhatian dan sokongan yang sepatutnya daripada pihak berwajib.

    Masalah di Malaysia sekarang industri kreatif khususnya fesyen di mana kami dianggap tidak penting dan tidak diberi sokongan yang cukup sama ada daripada kerajaan mahupun pihak lain.

    Kalau perasan, ramai pereka dan jenama fesyen terpaksa bergerak secara berdikari dan membuat pinjaman sendiri kerana pada akhirnya kami juga perlu hidup dan perniagaan perlu diteruskan.

    Hafizi berkata demikian ketika majlis pelancaran Fiziwoo Lunar dan Raya 2026 di Setiawangsa pada Rabu.

    Mengulas lanjut, Hafizi berkata perniagaan fesyen memerlukan modal yang besar selain prosesnya yang panjang.

    Orang hanya melihat sisi glamor macam banyak pertunjukan fesyen, banyak selebriti pakai hasil rekaan tetapi di sebalik tabir, kami sebenarnya sedang bergelut.

    Fesyen bukan perniagaan yang murah. Daripada produksi kemudian pemasaran dan pelbagai kos sampingan lain.

    Semua ini dilalui oleh semua pemain industri, termasuk kami sendiri. Kami faham perjuangan itu kerana kami berada dalam situasi yang sama.

    Faham situasi

    Ketika ditanya mengenai isu pereka fesyen terkenal yang didakwa meminjam wang kepada rakan artis, Izree Kai Haffiz berkata mereka memilih untuk tidak memberikan sebarang komen kerana tidak mengetahui cerita sebenar.

    MENARIK:  97.9% Ladang Diusahakan Individu, Majoriti Berumur 60 ke atas – Ini Fakta Menarik Banci Pertanian 2024

    Bagaimanapun, Izree berkata dia memahami cabaran yang dihadapi rakan seindustrinya itu.

    Kita tidak tahu perjanjian mereka dan tidak tahu penceritaan dan hujung pangkal kisah mereka. Tetapi saya memahami sebab kita dalam industri yang sama.

    Ia sebenarnya bergantung kepada keputusan masing-masing dalam menentukan cara mengemudi dan menjalankan perniagaan.

    The post ‘Orang Hanya Nampak Sisi Glamor’ – Fiziwoo Akui Dunia Fesyen Tempatan Tidak Seindah Disangka first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah