
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra, 15, mengakui segan apabila kepetahannya bercakap mendapat pujian.
Suka bercakap

Menurut Qadejah, bapanya juga sudah mengajar bagaimana cara menjawab soalan yang diajukan oleh pengamal media.
Saya segan apabila orang puji saya, kata saya pandai bercakap. Saya sudah didedahkan dengan platform seperti YouTube, dari situ saya belajar juga untuk bercakap dan belajar sebutan.
Untuk bercakap dengan media pula, abah (Aliff Syukri) sudah ajar dari awal. Abah beritahu supaya cakap dengan sopan dan perkara yang betul apabila jumpa media.
Qadejah berkata demikian ketika ditemui di majlis Meet & Greet Drama Sangat TV3 yang berlangsung di Setia City Mall, Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam pada itu, anak kedua daripada enam adik-beradik ini mengakui tidak kisah apabila ada yang menggelarnya sebagai Aliff Syukri 2.0.
Saya memang suka bercakap sampai ada orang gelar saya Aliff Syukri 2.0, namun saya tidak ambil hati. Orang boleh bercakap apa sahaja yang mereka mahu, saya okay sahaja.
Sementara itu, disoal mengenai kehadiran datuk baharu ke dalam keluarga, Qadejah menyifatkan lelaki itu seorang yang baik.
Saya okay, terima sahaja. Saya sudah berjumpa dengan atuk baru, alhamdulillah orangnya baik. Meriah dan lain sikit hari raya tahun ini.





