28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Terkejut Jumpa Rangka Ibu Masa Kemas Rumah, Rupanya Dah 10 Tahun ‘Tersorok’ Bawah Selimut

    Shopee Sale



    Foto: South China Morning Post

    Misteri kehilangan seorang wanita sejak sedekad lalu akhirnya terjawab selepas mayat mangsa ditemui di kediamannya.

    Jumpa mayat ibu dalam rumah

    Foto: South China Morning Post

    Memetik laporan South China Morning Post, mayat tersebut ditemui oleh tukang cuci profesional yang diupah untuk mengemas sebuah rumah di Jepun. Namun ketika sedang mengemas salah satu bilik yang digelar ‘bilik sampah’, tukang cuci berkenaan melihat tulang manusia.

    Pada awalnya, kelapan-lapan tukang cuci itu menyangka ianya adalah model rangka manusia namun selepas memaklumkan kepada pemilik rumah, rupa-rupanya itu adalah rangka milik ibunya. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat.

    Menurut lelaki itu (pemilik rumah), sebelum ini ibunya sering keluar meninggal rumah selama beberapa hari tanpa pengetahuan dan disebabkan itu ahli keluarga tidak tahu keberadaannya.

    Mungkin sebelum ini ibu saya ada balik rumah selepas beberapa hari keluar dan masa itu tak ada ahli keluarga yang menyedarinya.

    Oleh kerana rumah itu dipenuhi dengan sampah yang berbau busuk, tiada siapa yang menyedari bau yang luar biasa.

    Sebelum ini, rumah tersebut didiami oleh mereka sekeluarga tetapi selepas ‘kehilangan’ ibunya sejak 10 tahun lalu, lelaki itu tinggal bersendirian.

    MENARIK:  Hairul Azreen, Hanis Zalikha Reward RM1,000 Buat Staf Berjaya Turun Berat Sebanyak 5kg, Netizen Puji – ‘Ada Kerja Kosong Tak?’

    Namun selepas mendapat pekerjaan baharu dan ingin berpindah, lelaki itu telah mengupah syarikat pembersihan profesional untuk membersihkan kediamannya itu sebelum mayat ibunya itu ditemui di bawah selimut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah