26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Julia Farhana Pesan Bakat Baharu Bina Nama Dari Bawah – ‘Hantar Portfolio & Pergi Casting’

    Shopee Sale

    Pelakon Julia Farhana tampil menasihati bakat-bakat baharu yang bercita-cita untuk menceburi industri seni agar tidak memandang rendah terhadap nilai kerja sendiri.

    Artikel Berkaitan: Julia Farhana Dilabel Sombong, Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang – ‘Bila Penat Tak Larat Nak Berbual, Tenaga Dah Habis’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Julia Farhana Tak Rela Naik Lif Terlalu Sesak, Suami Sanggup Teman Naik Tangga – ‘Sempit..Saya Takut’

    Nasihat Julia Farhana

    Teguran itu dibuat susulan hantaran seorang pengguna Threads yang menyatakan kesanggupan untuk bekerja sebagai pelakon atau model secara percuma semata-mata mahu mengumpul portfolio.

    Membalas hantaran tersebut, Julia menasihati agar individu berkenaan tidak menawarkan servis tanpa sebarang bayaran kerana tindakan sedemikian boleh merosakkan harga pasaran industri seni.

    Tolong jangan tawarkan perkhidmatan anda secara percuma. Jangan musnahkan pasaran.

    Pelakon drama Cinta Ibadah ini sebaliknya mencadangkan individu berkenaan agar mengambil langkah profesional termasuk menjalani uji bakat dan sebagainya berbanding bekerja secara percuma.

    Pergi uji bakat, hantar portfolio kepada penerbit, sertai pertandingan TV/langsung, sertai kelas lakonan FINAS (selalunya ada penerbit, pengarah, pemain industri yang anda boleh bina rangkaian dan bina batu loncatan untuk kembangkan kerjaya anda).

    Berkawan dengan pelakon, pempengaruh, bermula sebagai pelakon tambahan (extra) dan bina jalan anda ke atas, masuk ke dalam industri. Tetapi jangan buat secara percuma.

    Ujar Julia, tegurannya itu ditujukan buat anak muda yang mempunyai impian untuk bergelar anak seni. 

    MENARIK:  Anak Pertahan Raja Azura, Didakwa Diperlekeh Hanya Miliki SPM – ‘Mama Berjaya Didik Saya & Abang- Abang Menjadi Manusia Berpendidikan Tinggi’

    Sumber: Threads Julia Farhana

    The post Julia Farhana Pesan Bakat Baharu Bina Nama Dari Bawah – ‘Hantar Portfolio & Pergi Casting’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah