33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya & Isteri Memang Nak Zuriat Dalam Masa Terdekat’ – Fadlan Hazim

    Shopee Sale



    Pelakon, Fadlan Hazim mengakui bahawa dia dan isteri, Aya Mukhamedsalova sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat.

    ‘Memang elok kalau saya ada anak sekarang’

    Menerusi temu bual bersama Fadlan berkata, mereka mahu memiliki dua orang cahaya mata maksimum.

    Saya dan isteri sedang mencuba. Sekarang umur dah 32 tahun, lagi lapan tahun saya dah memasuki umur 40 tahun. Memang elok kalau saya ada anak sekarang.

    Kami rancang nak seorang atau dua orang sahaja anak. Senang kalau nak pergi travel ke Kazakhstan nanti.

    Disoal mengenai perancangan untuk memiliki dua orang anak, Fadlan memaklumkan pilihan tersebut dibuat atas faktor hendak memberi tumpuan sama rata di kemudian hari.

    Macam saya, ada empat orang adik beradik. Ibu bapa membesarkan kami okey sahaja dari segi makanan dan keperluan. Cuma, saya nampak mereka sukar memberi kasih sayang dan perhatian kepada kami secara sama rata.

    Fadlan yang ditemui ketika Majlis Pembukaan Pusat Kecergasan Elitez Mont Kiara, pada petang Sabtu, turut memberitahu dia akan cuba menjadi bapa yang baik dan memberikan perhatian secukupnya apabila menimang cahaya mata kelak.

    Seandainya saya ada cahaya mata nanti, saya akan cuba memberi perhatian yang. cukup. Walaupun sibuk dengan jadual kerja, saya akan cuba.

    Sekadar info, Fadlan dan Aiya selamat mendirikan rumah tangga pada 16 Julai tahun lalu.

    MENARIK:  Rizman Ruzaini Sangka Busana Kena ‘Reject’, Rupanya Lady Gaga Maklum Baju Terlalu ‘Grand’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah